"Cantik pukulan Tan Sri", jerit Dato' Hamzi Sidek.
"Haha, dah lama I tak main sebenarnya", sambut Tan Sri Razli Awang sambil membaling 'klub'nya kepada 'caddy' yang sedia menyambut.
"Bagaimana Megah Maju Holdings sekarang Tan Sri?", tanya Dato' Hamzi sambil mengambil kedudukan untuk melakukan 'stroke'.
"Ada peningkatan. Kami berjaya membeli satu lagi tanah yang dijangka memberi pulangan yang lumayan."
"Wah, perkembangan yang bagus tu Tan Sri. Tahniah I ucapkan".
"Well, I cadang nak buat celebration dalam jangka masa yang terdekat ni. I dah invite U, U jangan tak datang lak. Bawa kesemua bini-bini U"
"Hahahaha. I cuba Tan Sri".
Bersama ketawa berderai, mereka melangkah beriringan menuju ke kawasan 'green' untuk melakukan 'putting'.
Tidak jauh dari situ, kelihatan seorang anak kecil sedang bermain-main air di bibir kolam. Comot dan selekeh.
"Hey, anak sapa yang sedang bermain-main ditepi kolam tu Dato'?"
Mereka pantas menuju kearah anak kecil itu yang sedang leka bermain.
"Hoi!", sergah Dato' Hamzi.
Anak kecil yang ketakutan itu cuba melarikan diri tetapi pantas ditangkap oleh 'caddy'. Anak kecil itu meronta-ronta cuba melepaskan dirinya dari cengkaman tersebut.
"Hey, apa yang kamu buat disini? Ini kawasan larangan. Orang biasa dan comot seperti kamu tak boleh sesuka hati masuk kesini?"
"Mana ibubapa kamu?", tanya Tan Sri sambil menjengilkan matanya.
"Ayah saya sudah lama tiada. Ibu saya sedang bekerja kat situ sebagai pencuci tandas. Ibu yang membawa saya kesini", sambil menuding jari kearah kafe yang terletak di pintu utama padang golf tersebut.
"Walaubagaimanapun, kamu tetap tidak dibenarkan bermain-main disini." Jerkah Dato' Hamzi.
"Arwah ayah saya selalu cakap, kawasan padang ni tempat tumpah darahnya. Disini merupakan kampung halamannya kerana disini pernah ada kampung yang akhirnya diroboh serta diranapkan oleh Megah Maju Holdings".
"Arwah ayah saya juga selalu cakap Megah Maju Holdings kejam dan tidak ada hati perut. Kurang ajar serta biadap".
Muka Dato' Hamzi kemerahan. Tan Sri Razli mengurut-urut dadanya berulang kali.
"Mereka semua saling tidak ubah seperti anjing!".
Kedua mereka saling berpandangan antara satu sama lain.
"Peeeeergiiiiiiilaaaaaaa jaaaaaahaaaaaanaaaaaaaammmmmmm........".
*
Muka hadapan Harian Metro melaporkan "Seorang Lagi Kanak-Kanak Dipercayai Hilang Ketika Bermain"
Berita ringkas, "2 VIP Ditahan Dalam Serbuan Rumah Urut Haram"
0 comments :
Post a Comment