Dimana OIC?

Sambil mengunyah cebisan daging Big Mac, aku menyelusuri internet. Terdapat satu berita yang agak menarik perhatian ku.

"Tentera Israel bunuh ibu bersama 4 anak kecilnya"


Kesiannya....



Burp..Alhamdulillah..




Quote of the day #2

"Apa yang mereka janjikan kepada rakyat pada pilihan raya lalu mesti dilaksanakan. Janganlah mereka susahkan rakyat yang telah banyak menanggung beban dengan kenaikan harga barang keperluan," Dr Khir Toyo


Sejak pulang dari tanah suci Mekkah, beliau sudah mula boleh mengeluarkan hujah-hujah yang bernas. Syabas. Tapi hati-hati dengan motto ni YB : "PEMBANGKANG SIFAR"

Sesuatu yang tidak kita ketahui

Lapar nasi

Di PWTC ketika ini, sedang berlangsung Defense Services Asia Exhibition yang ke 11. Ia mengumpulkan 'taikun-taikun' yang sentiasa hauskan darah dan mengaut keuntungan dari apa yang dipanggil 'KEDAMAIAN'. Tahi lembu.

Apa yang berlangsung disana hanyalah perjanjian dan tepuk tampar bersama 'taikun-taikun' yang dapat menyumbangkan teknologi persenjataan. Teknologi terkini dan canggih untuk meragut nyawa dengan lebih efektif. Teknologi terbaik untuk meragut nyawa keluarga yang sedang berehat-rehat di rumah menonton TV.

Apakah Kerajaan Malaysia diambang peperangan?

Apa yang kita perlukan ialah bekalan makanan yang mencukupi. Lihat sahaja krisis makanan yang sedang berlaku bukan sahaja di negara ini tetapi di seantero dunia. Buta? Oh, tidak. Kelabu mata sahaja.





Kemungkinan juga akan berlaku satu lagi pengeboman C4.

Bila kita membuat kiraan dan congak, perjanjian tersebut pastinya akan melibatkan komisyen berbilion-bilion. Berapa banyak bilion tu? Cukup utk sara keluarga-keluarga yang sedang mencongak untuk muncul di rancangan Bersama Mu.

Sementara itu, kenapa perlu tunduk kepada tekanan PBB? Apa salahnya Iran? Adakah mereka yang sedang menganyang penduduk Iraq saban hari? Adakah mereka yang sedang membakar hangus rumah-rumah di Palestin?

Tidak, tetapi mereka adalah kuasa Islam yang sedang bangkit. Lantang mengenai penjajahan Israel keatas bumi Palestin. Walau OIC hanya tidur dan berkumpul ramai-ramai mengutuk yang kemudiannya balik ke negeri masing-masing tidur diatas katil yang mewah. Bersama anak dan menantu mereka.

Darah adalah perniagaan bagi mereka yang senantiasa melaungkan KEDAMAIAN





*

Maaf, hari ini aku sedikit marah

Gurauan semata-mata

Oleh Agendadaily.com
Rabu, 23 April 2008

WANITA yang mendakwa dicabul oleh bekas menteri, jam 7.00 petang Rabu, menarik balik laporan polis yang dibuatnya pada 17 April 2008 yang lalu.
Difahamkan, wanita itu berbuat demikian kerana wujudnya salah faham berhubung dengan 'gurauan' bekas menteri berkenaan.

Sumber-sumber yang layak dipercayai memberitahu Agendadaily, wanita berkenaan juga mengakui pada ketika 'gurauan' itu berlaku dia dalam keadaan 'bad mood'.

Sumber itu juga memberitahu, pejabat Peguam Negara akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung dengan kes tersebut dalam waktu yang terdekat.


Aku pun jenis yang suka bergurau. Jadi, pengumuman kepada wanita yang berpunggung besar : aku ingin bergurau dengan anda-anda semua. Jangan takut, gurauan aku tak kasar.

Gambar hiasan

Kemenangan bukan mutlak

9 bulan yang lepas:

Aku berhempas pulas cuba mengalahkan mereka semua. Saling cuba menjuarai. Hanya dengan satu tujuan, untuk tiba ke titik penamat. Laluan yang perlu kami tempuhi penuh dengan liku-liku yang mencabar. Lemah bukan kata kunci disini.

Dari mula lagi kami sudah mula berasak-asak ingin memulakan perlumbaan. Tapi sentiasa ditahan. Disebabkan desakan kami yang bertali arus, mereka berdua merestui.

Sesungguhnya penat dan lelah ku terbalas. Beribu yang tewas ditanganku. Sesungguhnya kekalahan bukan milikku. Ada sebahagian dari mereka yang telah tewas dari permulaan lorong lagi dan ada juga yang tewas di pintu masuk. Setengah darinya telah tewas di pertengahan jalan. Keletihan. Kelesuan. Memandang dari jauh kemenangan ku. Hanya senyuman bangga yang dapat ku lemparkan.

Masih ku ingat lagi detik itu. Saat kepuasan mengecapi kemenangan.





itulah aku





Kini :


Ku hanya dibaluti sehelai kain batik. Terbaring tidak berdaya. Didalam semak yang penuh dengan segala bentuk ancaman. Aku tidak berdaya melawan. Menjerit. Menangis. Memanggil mereka yang sudi membantuku.

Dan sehingga kini, aku masih tidak tahu nama ku sendiri.

JAHANAM!!

Saki gigi. Otak tidak berfungsi.

Akhirat

Filem Akhirat telah dikritik dengan dahsyat oleh Faisal Tehrani di sini


*

Disini juga aku lampirkan jawapan dari produser filem tersebut mengenai kritikan yang telah dilemparkan :

Produser 'Akhirat' Baldev percaya kepada Allah!
07-04-2008 05:05:01 PM
Oleh SITI AZIRA ABD AZIZ

EKORAN dakwaan filem Akhirat yang menemui penonton bermula 20 Mac lalu menghina agama Islam dan tidak sesuai untuk dipertontonkan kepada masyarakat Malaysia, produser filem tersebut, S. Baldev Singh tampil memberikan cabaran kepada pengkritik yang mengemukakan kritikan 'pedas' dan 'berbisa' agar melakukan 'sesuatu' terhadap filem tersebut.

Katanya, atas kritikan tersebut juga, filem yang kini mengumpul kutipan sebanyak RM2 juta ini kurang mendapat sambutan di pawagam sekitar Kuala Lumpur.

Tidak tahu di mana salahnya, beliau menganggap salah satu penyebabnya adalah kerana kritikan negatif tersebut maka khalayak tidak mahu menanggung risiko untuk menonton filem yang dilakonkan oleh pelakon hebat dan terkenal Vanidah Imran, Tony Eusoff, Nabila Huda, Adi Putra, Senator Tan Sri Jins Shamsuddin dan ramai lagi.

Walaubagaimanapun, beliau berpuas hati dengan kutipan di tempat lain seperti Ipoh, Perak, Melaka dan Johor yang selalu 'full house'.

Bukan di tiga negeri itu sahaja, penonton di negara luar seperti Brunei juga menerima dan memuji filem tersebut.

Kini, orang ramai masih berpeluang menonton filem Akhirat yang ditayangkan di enam buah panggung termasuk tiga buah panggung di Kuala Lumpur dengan dua hingga tiga 'show' sehari.

"Kalau di kampung, mungkin tidak ramai yang berpeluang untuk membaca kritikan yang tersebar di internet itu.

"Saya tidak menyalahkan mereka dan memaksa mereka untuk menonton filem saya tetapi saya minta semua orang pergi menonton dahulu filem tersebut sebelum membuat penilaian negatif terhadap filem ini.

"Saya buat filem ini dengan hati dan niat yang bersih serta penuh penghormatan. Saya juga tiada niat untuk memburukkan manusia, binatang atau apa-apa sahaja. Tetapi saya nak beritahu masyarakat tentang bahayanya HIV Aids kepada manusia apabila mereka terkena dan awasilah dengan hal itu.

"Takkan saya bodoh untuk melaburkan sejumlah wang RM2 juta untuk melakukan filem yang tidak berfaedah? Jika filem ini tidak patut ditayang, mengapa Lembaga Penapisan Filem Malaysia meluluskan filem ini sepenuhnya?.

"Saya fikir mungkin pengkritik ini berumur 13 tahun dan ke bawah. Jika dia benar-benar ingin menghalang filem ini dari ditayang, dia kena datang ke depan dan utarakan penilaian tersebut," ujar Baldev.

Dalam kritikan tersebut, pengkritik ini telah mengatakan filem Akhirat adalah filem Abu Jahal.

Antara petikan kata-kata yang ditulis adalah begini, "Itulah spekulasi yang melanda filem Abu Jahal (Suku Pertama) tahun 2008 iaitu 'Akhirat'.

"Sekiranya filem Akhirat itu adalah seorang manusia, maka manusia itu saya putuskan adalah Abu Jahal. Anugerah Abu Jahal yang jahil ini sesuai dijadikan satu anugerah ala-ala Oscar kepada filem ini, ataupun filem-filem lain yang 'mempersendakan' agama kelak."

Baldev cukup terkilan apabila mendengar penjelasan daripada pengarah filem tersebut, Syed Mohamed Benyahya yang membaca kritikan daripada pengkritik yang juga seorang blogger itu.

"Dia juga tak faham dengan pengkritik tersebut dan berkata samada pengkritik itu telah menonton filem ini atau belum.

"Jika pengkritik tersebut tidak berpuas hati dengan filem ini, dia perlu bercakap kepada Lembaga Penapisan Filem Malaysia untuk 'band' filem ini dan jangan kata filem ini Abu Jahal," luah Baldev .

Beliau turut mengesyorkan supaya para pengkritik menganggotai sebuah perbadanan pengkritik yang bertanggungjawab dan melantik satu jawatankuasa untuk menilai samada sesuai atau tidak untuk mengkritik sesuatu perkara itu.

"Tetapi saya akur bahawa setiap manusia itu mempunyai pandangan yang berlainan," kata Baldev lagi.

Tambah Baldev, menurut kajian yang beliau tahu tentang penerimaan khalayak filem di Malaysia, penonton tidak boleh menerima filem 'berat' seperti filem Akhirat.

"Mereka lebih gemar menonton filem ringan seperti filem komedi yang tidak memerlukan mereka berfikir.

"Oleh sebab itu, pada bulan depan kami bercadang untuk membuat sebuah filem aksi komedi iaitu "Kecoh" yang langsung tidak mengandungi mesej dan boleh dikatakan sebagai filem 'bodoh'.

"Seperkara lagi, orang kita suka sanjung barang orang," ulas Baldev.

Perkara menarik yang dibahaskan oleh pengkritik itu lagi adalah, "Merenung aspek dramaturgi, saya tidak tahu mana agamanya Akhirat, kerana filem ini membawa kesongsangan beragama, paling tidak lima perkara besar..."

Lima perkara besar yang disentuh dan diringkaskan di sini adalah "menjadikan adegan zina sebagai sesuatu yang cool dan kasual", "keinsafan Noni tidak didokong langsung adegan atau plot (sebab dan akibat) yang bertunjang agama", "ketabahan dan kesabaran Amran dan Mira tidak sedikit pun berbumbung agama", "babak-babak yang dilakonkan oleh Tan Sri Jins Shamsuddin sebagai ayah Mira dan Noni menunjukkan dialog bebal menyalahkan Allah terhadap kesengsaraan yang mereka hadapi" dan "adegan 'separa seks' dan 'separa panas' dalam filem ini amat menjengkelkan dan memualkan".

Tentang isu agama, Baldev mengatakan beliau tidak mempunyai niat untuk mempersendakan agama Islam kerana beliau sendiri menghormati agama Islam walaupun menganut agama kaum punjabi.

"Saya percaya kepada Allah dan tahu tentang apa yang boleh dilakukan dan tidak boleh.

"Pasal seks pula, takkan seseorang yang sudah berkahwin seperti watak Mira (Vanidah) dan Amran (Tony) hendak duduk jauh-jauh seperti tinggal dengan orang asing.

"Perlu ingat lakonan yang dibuat bukan menggambarkan Vanidah, Tony, Nabila dan Adi tetapi apa yang perlu dilihat adalah watak tersebut iaitu Mira, Amran, Noni dan Ari," beritahu Baldev.

Pengkritik itu juga mengatakan, "Lebih menyedihkan filem 'Abu Jahal' ini mendapat kerjasama daripada Kementerian Penerangan dan sokongan penuh daripada Majlis AIDS Malaysia. Tetapi dokongan dan kerjasama ini tidak membantu penggunaan fakta yang tepat berkenaan virus HIV dan AIDS.

"Dalam tempoh yang sangat singkat Mira tidak sepatutnya mendapat penyakit AIDS lagi. Vitus HIV menjadi AIDS setelah satu tempoh yang agak panjang, kadang-kala sepanjang 12 tahun. Bahkan tanda-tanda AIDS seperti Sarcoma Kaposi (KS) tidak pun kelihatan pada Mira...".

Menjawab kepada kritikan itu, Baldev berkata, "Penonton boleh melihat perubahan tersebut melalui rambut, warna baju dan kereta yang dipakai oleh Mira bagi menggambarkan masa yang diambil oleh beliau untuk mengidap HIV adalah lama.

"Fakta itu kita sudah tahu dari Majlis AIDS di mana pesakit HIV tidak meninggal kerana HIV positif atau AIDS tetapi mereka mati kerana Pneumonia.

"Beberapa bulan Vanidah pergi ke Majlis AIDS dan alaminya dengan bertanyakan kepada pesakit AIDS dalam tempoh enam bulan."

Walaupun dihentam hebat, produser dari Sri Saheb Productions ini masih mempunyai cita-cita untuk membuat filem berlandaskan kisah benar yang melanda masyarakat tempatan selepas menerbitkan filem Akhirat berdasarkan kisah benar seorang wanita yang meninggal dunia setelah menderita penyakit HIV positif.

"Saya bercadang untuk membuat sebuah filem mengenai isu buang bayi iaitu "Lapan Jam" seperti kisah bayi yang dibuang dalam tempoh lapan jam seorang yang disebut dalam akhbar tempatan baru-baru ini.

"Saya juga ingin menghasilkan sebuah filem berjudul "Kanser" yang menyentuh tentang masalah golongan perempuan yang ramai menghidap kanser. Saya ingin filem tersebut menceritakan tentang bahaya dan sebab penyakit itu menyerang seseorang itu.

"Kali ini saya ingin mencadangkan kepada pengkritik itu membuat skrip bagi kedua-dua buah filem ini dan saya bersedia untuk membeli skrip tersebut mengikut permintaannya.

"Saya juga akan mengusulkan cadangan ini dengan pengkritik itu nanti dan tidak perlu tahu bagaimana saya akan buat," rayu Baldev kepada pengkritik bernama Faisal Tehrani itu.

Untuk makluman, Faisal Tehrani bukan sahaja merupakan pengkritik bebas di laman blognya malah beliau juga merupakan seorang penulis buku ilmiah dan novel terkenal.


Diambil dari sini

Malam itu gelap

14 April 2008.

Hampir separuh daripada pasukan Polis Diraja Malaysia kawasan Selangor serta KL dikerah ke Kampung Bharu pada malam ini. Hasil dari sumber risikan yang amat-amat boleh dipercayai, kelihatan kelibat penjenayah yang baru-baru ini telah melakukan rompakan di KLIA didapati berada disekitar Kelab Sultan Sulaiman Kg Baru. Serta dilaporkan juga kelihatan susuk tubuh menyerupai 'lelaki kucing' berkeliaran di kawasan tersebut.

Dengan jumlah anggota polis yang dikerahkan pada malam ini, pasti kes ini dapat diselesaikan dengan pantas. Tunggu sahaja laporannya di Utusan Melayu, Berita Harian serta terutama sekali di Harian Metro.

*

Update :

Khinzir yang sebenar :

Tarik nafas panjang dan baca disini

Sarkas

P.Ramlee : Eh. Sudin ini bace ni ape
macam..bacenye..?

Sudin : Alif Mim Nun Wau.. alif
tendang wau..sarkis daaa

Aziz : Apadaaa sarkassss..

P.Ramlee : Eh..Tulis punye panjang
bacanye sikit pendek itu..Sarkas..

Sudin : Itu punye panjang bunga
nye aje..

*

update

Aku kesunyian

Aku, Razman atau lebih senang dikenali sebagai Man Lipas. Aku terkenal di arena perlumbaan haram atau dalam bahasa mudahnya 'illegal racing'. Ramai pelumba-pelumba jalanan yang kecewa di tangan ku. Skyline putih milik ayahku jarang menghampakan.

Dimalam minggu aku tidak perlu bersusah payah seperti lelaki-lelaki lain. Tidak perlu berkaca mata hitam di malam hari, tidak perlu menyisir rapi rambut dan tidak perlu menyelungsur setiap kelab-kelab malam. Petik sahaja jari, kesemua wanita Melayu berdada besar dan berambut perang jatuh kedalam pelukanku.

Sebut sahaja jalan mana, akulah rajanya. Ramai yang pucat jika dicabar olehku.


2 minggu lepas, malam minggu. Seingat aku, aku didalam perjalanan menuju ke Genting Highland. Parti Zouk jarang sekali ku lepaskan. Sendirian. Pasti bertiga ketika jaga. Threesome. Jalan sedikit basah selepas hujan. Sambil meneguk beer, aku melakukan drift. Tiba diselekoh kegemaranku berdekatan dengan Gohtong Jaya, aku menukar kepada gear yang lebih rendah..




Gelap. Sunyi.


***


Aku masih lagi diselekoh ini. Kesunyian. Aku perlukan seorang teman. Sekiranya kamu terlihat seorang lelaki berbaju compang camping penuh dengan darah serta kepala terburai berdiri di tepi selekoh itu. Itulah aku. Kemarilah temani aku. Aku kesunyian.

Aku masih lagi bergelar raja jalanan.

Fakta

Kedudukan najis babi tidak sampai perlu disamak dan disucikan seperti najis anjing.

Ubah gaya hidup #2

KUALA LUMPUR: Bagi pengemar mi, mereka perlu bersedia membayar lebih untuk makanan kegemaran mereka berikutan harga bahan untuk membuat mi naik antara 20 dan 70 sen sekilogram, mulai esok.

Presiden Persatuan Peniaga-Peniaga Roti, Biskut, Manisan dan Mi Malaysia, Ng Hock Leng, berkata persatuan itu sudah menetapkan kadar kenaikan itu untuk mi yang diperbuat daripada tepung gandum berprotein tinggi atau sederhana seperti Mi Kuning, Yee Mi kecil, Yee Mi besar, Mi Wantan, Kulit Wantan dan Kulit “dumpling”.

...Persatuan Pengilang-Pengilang Tepung Malaysia bulan lalu menaikkan harga tepung gandum berprotein tinggi dan sederhana sebanyak RM10 daripada RM62.15 bagi setiap 25 kg, berkuat kuasa 20 Mac.

Selain tepung gandum, Ng berkata, harga beras hancur juga naik RM22 daripada RM50 bagi setiap 50 kg manakala harga bahan-bahan lain seperti tepung jagung, tepung sago, tepung ubi and tepung kanji gandum juga naik mengikut perkembangan semasa.....

* Mi Kuning (naik 20 sen sekilogram)

* Mi Kering (naik 20 sen sekilogram)

* Yee Mi Kecil (naik 30 sen sekilogram)

* Yee Mi Besar (naik 70 sen sekilogram)

* Mi Wantan (naik 60 sen sekilogram)

* Kulit wantan (500 gm) naik 40 sen satu paket

* Kulit dumpling (500 gm) naik 50 sen satu paket

* Keow Teow (naik 30 sen sekilogram)

* Chu Cheong Fan (naik 0.04 sen segulung)

* Laksa Pendek (naik 30 sen sekilogram)

* Laksa Panjang (naik 30 sen sekilogram)



Ubah gaya hidup : errr...makan sayur-sayuran. Baru hardcore

Khinzir





Islam adalah syumul dan berkompromi dengan bukan Islam. Islam tidak mengganggu hak bukan Islam untuk meminum arak, judi dan memakan khinzir. Itu hak mereka.

Dan, diketika ini media massa perdana sedang meniupkan propaganda berkenaan khinzir. Ladang khinzir yang bernilai RM100 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan negeri, Yaakob Sapari, pula berkata kerajaan negeri tidak membiayai projek itu, sebaliknya sebuah syarikat swasta tempatan akan melabur RM100 juta memajukannya secara berkelompok dan tersusun, termasuk kos pembelian tanah dan pembinaan kemudahan asas lain.


Seperti yang kita ketahui, projek ini telah pun diluluskan oleh kerajaan negeri yang ketika itu diperintah oleh Dr Khir Toyo,

SHAH ALAM 8 April – ...Beliau mendakwa projek bernilai RM100 juta yang akan dilaksanakan di Sepang itu sebenarnya telah diluluskan pada 30 Januari lalu oleh kerajaan negeri sebelum ini.


Ladang babi ini adalah cubaan untuk 'centralize'kan kesemua ladang-ladang khinzir haram ataupun yang halal supaya ianya terkawal. Tiada pencemaran kepada alam sekitar. Di Selangor sendiri bersepah ladang-ladang khinzir. Ladang moden itu juga nanti lengkap dengan segala peralatan untuk mengelakkan kumbahan najis khinzir itu dari mencemar persekitaran.

Jangan risau, khinzir sehingga ke waktu ini masih lagi didapati tidak pandai merempit di Litar Sepang.



Nota kaki : Sengaja tidak menggunakan gelaran 'Babi' bagi mengelakkan arahan untuk menyamak blog ini

Opocot mak kau

Merujuk kepada entry Trankuiliti Tronoh yang terbaru ni.

Kepada mereka yang kuat melatah, sila bezakan diantara Yahudi dan Zionisme. Yahudi merupakan bangsa dan Zionisme pula adalah ideologi. Zionisme didukung oleh Yahudi yang kebanyakkannya Ateis. Ideologi ini juga sebenarnya ditentang oleh Yahudi yang kuat iman dan taat.

Zionisme, yang tindakannya bertentangan dengan ajaran Taurat, pada kenyataannya adalah suatu bentuk fasisme, dan fasisme tumbuh dan berakar pada keingkaran terhadap agama, dan bukan dari agama itu sendiri. Dan, yang sebenarnya bertanggungjawab atas pertumpahan darah di Timur Tengah bukanlah Yahudi, melainkan Zionisme, sebuah ideologi fasis yang tidak berkaitan sama sekali dengan agama.

Rabbi Yisroel Dovid Weiss(Jurucakap Neturei Karta International - Jews against Zionism)


"Judaism is a religion of spirituality, to serve God...
Zionism is an apostasy, it is a rebellion against God, and a rebellion against the Torah, it is blasphemous..." Rabbi Yisroel Dovid Weiss


Seperti juga Melayu. Bukan kesemuanya Melayu pemalas, kuat hasad dengki, ketiak busuk, bergantung pada subsidi, gemar membaca tabloid dan amat menyukai Akademi Fantasia. Segelintir. 10 nisbah 1.

Jadi diharap jangan melatah seperti mak nenek.

Quote of the day #1

"Kita tamatkan MoU kerana tahu tidak boleh bekerjasama dengan pembangkang, namun ini tidak bererti pembangunan pelancongan diketepikan, contohnya program Festival Air Langkawi dan Festival Muzik Dunia Pulau Pinang tetap diteruskan," katanya.



Datuk Seri Azalina Othman Said

21 April 2008

Larian Obor Olimpik tiba di Malaysia.

Ada sesiapa yang merancang nak jadi popular pada kadar segera?

Mari Melawat Malaysia

MoU berkaitan program pelancongan ke setiap negeri yang dikawal oleh pembangkang telah pun dibatalkan. Saya menyokong tindakan ini.

Saya juga ingin memberikan pendapat supaya Lapangan Terbang Antarabangsa yang terletak di Pulau Pinang dipindahkan ke Perlis kerana Perlis sahaja satu-satunya negeri di utara yang masih dikuasai oleh BN. Jangan biarkan Pulau Pinang menjadi pintu masuk pelancong.

Cadangan ini saya harap Dato Seri boleh pertimbangkan. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke lengan.


Sekian, terima kasih.

Bayangkan..

"People think escorting is sleazy and terrible but I don't see it like that," she says. "I've always had a high sex drive—and now I'm getting all the sex I want—and guys are much better in bed with an escort than a girlfriend.

"I have men who are thrilled about my passion for mathematics. In fact one made me recite equations while he pleasured me, then I gave him oral sex while he chatted about algebra. It drove him wild."



Wow!!
Buat pertama kalinya aku seakan mula menyukai algebra.

Terima kasih Sufiah Yusof @ Shilpa Lee. Jangan lupa pulang ke Malaysia ya.

Kepala hotak ah






Makan apa dia orang ni?

Tiada duit

KUALA LUMPUR 5 April - Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) membatalkan hasrat memboikot Hari Pekerja pada 1 Mei ini.

Perdana Menteri berkata, tindakan memboikot, menggertak dan mengugut bukan cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah tetapi ia boleh diselesaikan melalui rundingan.

Beliau berkata, kerajaan bersedia menemui CUEPACS untuk membincang lima tuntutan yang telah dikemukakan tetapi dalam masa yang sama CUEPACS juga harus faham mengenai kedudukan kewangan kerajaan.

- Utusan



Kemana perginya duit-duit itu semua? Disalur ke rakyat-rakyat yang memerlukan atau ke tembolok perut anak-anak dan menantu sendiri?

Bye

Sedang ditayangkan : Planet Of The Apes.


Bye

Sulit

Hole in one

"Cantik pukulan Tan Sri", jerit Dato' Hamzi Sidek.

"Haha, dah lama I tak main sebenarnya", sambut Tan Sri Razli Awang sambil membaling 'klub'nya kepada 'caddy' yang sedia menyambut.

"Bagaimana Megah Maju Holdings sekarang Tan Sri?", tanya Dato' Hamzi sambil mengambil kedudukan untuk melakukan 'stroke'.



"Ada peningkatan. Kami berjaya membeli satu lagi tanah yang dijangka memberi pulangan yang lumayan."


"Wah, perkembangan yang bagus tu Tan Sri. Tahniah I ucapkan".

"Well, I cadang nak buat celebration dalam jangka masa yang terdekat ni. I dah invite U, U jangan tak datang lak. Bawa kesemua bini-bini U"

"Hahahaha. I cuba Tan Sri".

Bersama ketawa berderai, mereka melangkah beriringan menuju ke kawasan 'green' untuk melakukan 'putting'.

Tidak jauh dari situ, kelihatan seorang anak kecil sedang bermain-main air di bibir kolam. Comot dan selekeh.

"Hey, anak sapa yang sedang bermain-main ditepi kolam tu Dato'?"

Mereka pantas menuju kearah anak kecil itu yang sedang leka bermain.

"Hoi!", sergah Dato' Hamzi.

Anak kecil yang ketakutan itu cuba melarikan diri tetapi pantas ditangkap oleh 'caddy'. Anak kecil itu meronta-ronta cuba melepaskan dirinya dari cengkaman tersebut.

"Hey, apa yang kamu buat disini? Ini kawasan larangan. Orang biasa dan comot seperti kamu tak boleh sesuka hati masuk kesini?"

"Mana ibubapa kamu?", tanya Tan Sri sambil menjengilkan matanya.

"Ayah saya sudah lama tiada. Ibu saya sedang bekerja kat situ sebagai pencuci tandas. Ibu yang membawa saya kesini", sambil menuding jari kearah kafe yang terletak di pintu utama padang golf tersebut.

"Walaubagaimanapun, kamu tetap tidak dibenarkan bermain-main disini." Jerkah Dato' Hamzi.

"Arwah ayah saya selalu cakap, kawasan padang ni tempat tumpah darahnya. Disini merupakan kampung halamannya kerana disini pernah ada kampung yang akhirnya diroboh serta diranapkan oleh Megah Maju Holdings".

"Arwah ayah saya juga selalu cakap Megah Maju Holdings kejam dan tidak ada hati perut. Kurang ajar serta biadap".

Muka Dato' Hamzi kemerahan. Tan Sri Razli mengurut-urut dadanya berulang kali.

"Mereka semua saling tidak ubah seperti anjing!".

Kedua mereka saling berpandangan antara satu sama lain.



"Peeeeergiiiiiiilaaaaaaa jaaaaaahaaaaaanaaaaaaaammmmmmm........".



*





Muka hadapan Harian Metro melaporkan "Seorang Lagi Kanak-Kanak Dipercayai Hilang Ketika Bermain"


Berita ringkas, "2 VIP Ditahan Dalam Serbuan Rumah Urut Haram"

Salah tempat



Kesian, salah tempat. Lain kali jika ingin mengutarakan pandangan yang sedemikian, sila utarakan di Kelab Motosikal Jaguh. Pasti diterima

Ubah gaya hidup

Berita Harian, 3 April 2008 :

KUALA LUMPUR: Harga beras terutama beras hancur yang dikatakan meningkat sejak sebulan lalu, belum dinaikkan sepenuhnya oleh peniaga.

Tinjauan Berita Harian mendapati, kebanyakan pengusaha kedai runcit masih lagi mengekalkan harga lama beras hancur iaitu sekitar RM1.40 sekilogram. Bagaimanapun, harga bahan makanan itu dijangka meningkat hujung bulan ini.

Seorang pekedai runcit yang ditemui, R Kayathri, berkata pihaknya terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga beras hancur oleh pemborong sebanyak RM10 daripada harga lama, RM56 bagi 50 kilogram beras berkenaan pada hujung bulan ini........


Ubah gaya hidup : Makan makanan berasaskan gandum.

Hebat apa

Pagi tadi, Buletin Pagi. Kedengaran suara Mat Taib di kaca TV.

"Ya, Pembangkang menggunakan kemudahan teknologi maklumat seperti blog, internet dan SMS".

"We..we..we..don't use it...to the fullest"

....

"To the fullest", sambungnya lagi.



Hah, sapa kata Mat Taib tak pandai guna Bahasa English?

Imej kena jaga beb

Sukan Olimpik 2008 telah merakam berbagai peristiwa hitam. Demonstrasi dan bantahan daripada penyokong kemerdekaan Tibet serta pencabulan kebebasan hak bersuara dan hak asasi manusia oleh China. Berbagai pertubuhan, NGO serta aktivis mula memboikot dan memulau upacara Sukan Olimpik 2008.

Bantahan dan pemulauan ini bukan sahaja berlaku ke atas negara tuan rumah Olimpik 2008, iaitu China sahaja tetapi ia pernah berlaku ke atas negara-negara lain.

Kebanyakan negara cuba melobi untuk menjadi tuan rumah bagi sukan yang berprestij besar ini, termasuk Malaysia. Tetapi sedar atau tidak impak jangka masa panjang keatas ekonomi negara-negara tuan rumah Sukan Olimpik?

Disini saya lampirkan kajian yang telah dibuat oleh IMF ( International Monetary Fund ) keatas negara-negara yang pernah menjadi tuan rumah Sukan Olimpik:

Source: Data from IMF, Penn World Tables v5.6

Penganjuran Sukan Olimpik memerlukan perbelanjaan besar. Negara tuan rumah perlu menggunakan segala dana yang sepatutnya diperuntukan kepada pembangunan ekonomi rakyat, digunakan untuk menampung perbelanjaan untuk menganjur sukan tersebut.

Lihat sendiri Malaysia, selepas menganjur Sukan Komanwel 1998. Ekonomi negara meleset dengan mendadak tetapi tidak ramai yang sedar.


Termasuk saya.



Jahanam

Satu ketika dahulu

Ketika aku sedang menuju ke stesen Putra LRT Masjid Jamek, aku terpandang sosok tubuh yang sudah dimamah usia sambil wajahnya dilontar ke arah Sungai Kelang. Lesu dan layu. Aku memerhati dari jauh. Terpancar seribu kekesalan dan kerisauan di wajahnya.

Aku cuba menghampirinya. "Assalammualaikum pakcik", aku cuba memulakan perbualan.

Sambil menoleh kearah aku, "Waalaikummussalam".
Pandangannya dilontar kembali ke arah Sungai Kelang yang mengalir deras.



"Kenapa pakcik termenung kat sini?".

"Pakcik terkenang zaman pakcik kecil-kecil dulu.".
"Kat sinilah pakcik selalu datang bermain.", sambil menelan air liur.

"Kat sinilah juga pakcik bersama rakan-rakan pakcik memancing ikan. Dulu air sungai ni jernih, tak macam sekarang."

Aku mengangguk-ngangguk tanda setuju.


"Seronok betul masa tu", sambung pakcik itu lagi.
"Kami mandi tak hirau langsung keadaan sekeliling. Takde langsung perasaan takut. Waktu tu kecik je".

"Hah,kat sini juga pakcik bertemu jodoh pakcik. Pakcik terserempak arwah isteri pakcik sedang membasuh kain disini. Biasalah, cinta pandangan pertama. Heeeee", menyeringai menunjukkan barisan giginya yang rongak.

Kemudian beliau menundukkan wajahnya. Sepi.

"Anak ada rokok?", tanya beliau.

Aku menghulurkan sebatang rokok. Dengan tangan yang terketar-ketar, pakcik tersebut menyambutnya. Aku bantu menyalakannya.

Sambil menarik nafas yang dalam.
"Kemudian", asap rokok dihembus ke udara.

"Kat sini jugalah pakcik bertarung melawan makhluk yang cuba menganggu gugat keharmonian penduduk Bumi".

Dahi ku mula berkerut.

"Pakcik sebenarnya Kesatria Baja Hitam nak."
"Pakcik ada motosikal berkuasa besar. Sekali pakcik tembak guna pedang laser pakcik, berkecai".

Aku ketap bibir, mula memandang ke kiri ke kanan. Seorang pemuda meletakkan jari telunjuk disisi kepalanya serta membuat bulatan menggunakan jari tersebut.

"Oh, gila rupanya".


"Jahanam"


Dari sayup kedengaran pakcik itu sedang menyanyikan lagu dalam Bahasa Jepun sambil cuba menanggalkan seluar lusuhnya.

Manipulasi

Jika saya ingin mendapatkan bahan bacaan berunsurkan humor, saya cuma perlu dapatkan Berita Harian, Utusan Melayu dan tidak lupa juga juara segala juara Harian Metro. Saya gelak ketawa sehingga mengeluarkan air mata. Lihat, betapa kelakarnya. Mereka senantiasa penuh dengan ide-ide lucu yang seringkali membuatkan pembaca-pembaca seperti saya 'tak kering gusi'.

Dan diketika ini juga, perkataan 'Belanda' amatlah sensitif didunia Islam. Durian Belanda juga hampir-hampir menerima tempias.


Hari ini, Utusan melaporkan : "Kedah ‘Belanda Malaysia’"


Alor Star : ...... Dari sudut pandangan parti itu, sektor pertanian Kedah perlu dimajukan sehingga menjadi sebuah industri yang berjaya menghasilkan produk pertanian untuk pasaran domestik dan antarabangsa.

Justeru, dalam manifesto pilihan rayanya, Pas Kedah berjanji akan menjadikan negeri ini sebagai sebuah negeri pertanian tersohor seperti Belanda.

Sebagai rekod, Belanda merupakan sebuah negara yang saiznya lebih kecil daripada Pahang tetapi mampu menjadi pengeluar dan pengeksport hasil pertanian kedua terbesar di dunia.

Azizan Abdul Razak yang memimpin Pas Kedah ketika melancarkan manifesto pilihan raya parti itu khusus untuk negeri tersebut pada 23 Februari lalu berkata, mereka akan melaksanakan lapan perkara pokok bagi menjadikan Kedah sebagai ‘Belanda Malaysia’ iaitu:

Membangunkan pertanian negeri dengan memberikan keutamaan kepada pengeluaran makanan secara komersial yang diterajui Lembaga Kemajuan Pertanian Kedah (LKPK) yang akan ditubuhkan.

Membangunkan Lembah Jerai sebagai hab pertanian (pangkalan hasil pertanian) negeri Kedah.

Mewujudkan Skim Perlindungan Takaful kepada golongan petani, penternak dan nelayan.

Memberikan insentif kepada mana-mana pihak yang mengusahakan tanah terbiar.

Mewujudkan industri pemprosesan buah-buahan yang diterajui LKPK.

Memberikan insentif khas kepada petani, penternak dan nelayan yang berjaya mencapai tahap pengeluaran yang ditetapkan.

Menyusun semula masyarakat nelayan pantai dengan memberi pekerjaan baru kepada sebahagian nelayan dalam industri akuakultur air masin dan payau serta mewujudkan peluang pekerjaan baru bagi keluarga nelayan dalam industri hiliran berasaskan perikanan di kawasan penempatan nelayan yang diterajui oleh Persatuan Nelayan Kawasan.

Mewujudkan mekanisme pemasaran yang berkesan untuk produk tempatan....


Berulang kali perkataan "Belanda Malaysia" dimainkan. Terasa senak perut menahan ketawa.






Ops. Sebentar, perut saya sakit.

Alamak






"Lihat ni", sapa Sharul sambil menghulur kepingan gambar kepada Salleh Gonjeng.

"Wah, ada apa ni?"
"Jom Heboh atau Perkampungan Islam Hadhari?"


"Tak ah, Solat Hajat dan Munajat Kesyukuran anjuran PAS kat Stadium Melawati Shah Alam".



"Apa? PAS!" Salleh Gonjeng separuh teriak.

"Jahanam, hilang tangan dan kena rejam la aku lepas ni".
"Nak minum arak pun dah tiada port".


"Betul juga cakap kau tu Leh".


Sepi...


"Abang, Carlsberg 2 botol ni sapa yang nak bayar?" Tanya gadis kaunter 7-Eleven bertetek besar sambil melemparkan senyuman memikat. Memecah sepi


Serentak kedua mereka menoleh,

"Kami insaf dik".


..........


Salleh Gonjeng berlari meredah kegelapan.

Sharul menangis teresak-esak dihadapan pintu masuk 7-Eleven.