Lelaki Misteri

Petikan dari Utusan Online:

PUTRAJAYA 27 Mac - ...Timbalan Pendakwa Raya, Wong Chiang Kiat ketika berhujah pada 5 November tahun lalu menyatakan, Hanif Basree adalah orang terakhir yang melakukan hubungan seks dengan Noritta sejurus sebelum kematiannya.

Beliau berkata, keterangan pakar patologi forensik menunjukkan mangsa mati semasa masih terbaring manakala Hanif Basree sebagai penyumbang terbanyak kepada takungan cecair dalam vaginanya, walaupun tidak dipertikaikan bahawa Noritta telah melakukan hubungan seks dengan lebih seorang lelaki.

Sementara itu peguam Datuk V. Sithambaram yang mengetuai pembelaan pula berhujah, kewujudan lelaki tidak dikenali yang melakukan hubungan seks dengan mangsa dan kehadiran DNA lelaki itu pada coli dan wayar yang mengikat tangan serta kaki mangsa telah menimbulkan keraguan dalam kes pendakwa.

Begitu juga bau badan lelaki misteri yang diberitahu oleh teman serumah Noritta, Nor Azora Abdul Hamid dan Kenneth Michael Yap Teik Huat, katanya, bukanlah bau badan responden serta air mani di dubur mangsa adalah akibat daripada perbuatan liwat lelaki tidak dikenali itu.


Bacaan lanjut disini



Jeng jeng jeng.

Siapakah lelaki misteri itu yang suka kepada aksi meliwat?

0 comments :