Pil Kesuburan




Dimana Jeanne(Danker)Abdullah?

Tiada di Maulidur Rasul.
Tiada di perasmian Kraftangan.
Tiada di Kenduri Kesyukuran, Penang.

Adakah beliau sedang muntah-muntah dan mual-mual ketika ini? Alhamdulillah. Lahir lagi seorang pejuang bangsa. Tidak sia-sia berusaha. Go Pak Lah


Atau,



Sedang 'babysitting' Khairy?

1+1 = 3


Ketika ini aku sedang membayangkan serta berimaginasi, bagaimanakah 'layanan' yang telah diberikan oleh Sufiah Yusof @ Shilpa Lee si genius matematik kepada pelanggan-pelanggannya? Bayangkan hayunan-hayunan yang penuh dengan kiraan serta bertempo. Fuh, mengeletar batin.

Kalau dahulu, aku amat mencemburui ke'genius'an beliau, tetapi sekarang aku mencemburui kesemua mereka yang telah melanggan beliau. Jahanam.

Pulanglah ke Malaysia. Aku menunggumu dengan dada berbulu yang terbuka.

Ketika masih di bangku sekolah, aku teringin menjadi genius seperti beliau. Ingin mempunyai ayah seperti beliau yang amat prihatin serta memberi tunjuk ajar dengan penuh kasih sayang. Raba-raba punggung aku yang gebu ini pun aku tidak ambil kisah.


Pulanglah Sufiah. Pulanglah.

Ermmmm..

Ada Facebook tak?

Gothic Forever




Semalam, aku bersama Amir Juling, Karim, Lee Udang dan Salleh berjanji untuk bersama-sama menonton kugiran Horse The Band. Kami tak hafal langsung pun lagu-lagu mereka. Hehehehe.

Setibanya kami di MCPA, kami terasa dipinggirkan. Apa salah kami? Mereka melihat kami seakan makhluk dari planet asing. Hey, kami pun makan belacan ok.

Ya, kami tahu. Band-band Gothic tiada 'tuding-tuding jari' sambil melaungkan 'anti establishment', kebebasan dan anarki. Kami juga tiada 'Wall of Death'. Lihat saja MCR.

Tapi sekurang-kurangnya kami tidak sanggup menyarung 'hooded sweater' didalam keadaan panas dan tiada penyaman udara langsung. Cuaca Malaysia tak sama seperti New York. Walaupun kami berkot, kami tak perlu menyorok-nyorok makan di Mc'D, merokok serta mengurat awek-awek dengan niat untuk menidurinya.

Kami juga tidak sanggup memangkah tangan-tangan hanya untuk menunjukkan kepada awek-awek bertetek besar betapa 'true'nya kami.


Kami juga terhina dengan satu kejadian yang agak memalukan kami. Ketika Salleh ingin mengambil gambar di tepi pentas, dia telah dihalau oleh seorang kru dengan menggunakan sebatang kayu. Sungguh tidak 'hardcore'. Hempuk pakai payung kang?

Kami terus pulang diketika itu juga. Baik lepak BB. Ada juga faedah. Dapat ngurat budak-budak sekolah

Bloggers..

Didalam blog Dr Khir Toyo beliau meminta komen dan pandangan dari rakyat. Tetapi,

"Our bloggers are really not up to standard. When they put up something, it’s not something that they want to discuss in a very intellectual way. It’s more because of their anger - the language they use. Why should I read all this rubbish? When the standard of our bloggers is upgraded, then probably I will look at what is written. But anyway, they are a minority. My concern is for the majority." - Nazri Aziz, NST, October 28, 2007"





Jahanam.

Pervert

Sila perhatikan video ini :




Pervert bukan?

Anugerah Pos

Kuala Lumpur Mac 26hb, 2008 – Pos Malaysia Berhad mengumumkan pemenang-pemenang Anugerah Wakil Pos untuk Pilihanraya 2008 kepada Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi, Ahli Parlimen Kepala Batas merangkap Perdana Menteri Malaysia dan Khairy Jamaluddin, Ahli Parlimen Rembau.

Anugerah ini yang pertama kali dilancar tahun ini memberi penghargaan kepada pengguna-pengguna perkhidmatan Pos Malaysia Berhad. Ini merupakan usaha untuk mengekalkan kesetiaan pengguna di dalam suasana pasaran perkhidmatan yang lebih bersaing. Abdullah merupakan pengguna perkhidmatan pos terbanyak semasa musim PRU12. Mengikut anggaran firma konsultan Etot Consulting, Abdullah telah menggunakan sekurang-kurangnya 10,096 undi perkhidmatan Pos Malaysia untuk menaikkan lebihan dari 1,150 ke paras lebih ketara 11,246 undi.

Perkhidmatan Pos Malaysia lebih bermakna untuk Khairy. Undi perkhidmatan pos menyelamatkan Khairy dari kalah sebanyak 83 undi untuk menang lebihan undi 5,746 undi. Etot Consulting menganggarkan penggunaan fasiliti undi pos yang digunakan adalah sekurang-kurangnya 5,829 undi. Mengikut jurucakap Pos Malaysia, Cik Jenny Stamp, sebanyak 12,000 dan 6,000 orang anak Kepala Batas dan Rembau menyertai perkhidmatan keselamatan negara. Jumlah anggota askar dan polis negara adalah lebih kurang 180,000 orang.

Pos Malaysia mengalu-alukan sumbangan mereka kepada kemajuan syarikat. Pemenang-pemenang untuk tahun ini amat bermakna kerana perkhidmatan Pos dapat meletakkan wakil di Parlimen dan pucuk kepimpinan negara. Pos Malaysia menganggap mereka lebih merupakan Wakil Pos dari Wakil Rakyat.

Selain mendapat hadiah pertama mesin pencelik mata berkomputer dan sarung tangan menahan batal air sembahyang, Abdullah juga diberi tawaran untuk jawatan posmen sukarelawan apabila bersara. Khairy pula diberi tawaran jawatan posmen untuk Rembau apabila kerjaya politik yang dijangka menunggu masa untuk berakhir. Dia memenangi hadiah sangkar kera dan berok, dan alat solek lelaki termasuk ubat pemutih muka dan clorox mulut

Upacara penyampaian hadiah masih belum ditetapkan lagi memandangkan kedua-dua pemegang anugerah sedang sibuk bertengkar dengan Raja-Raja Melayu dan sedang menguruskan perpindahan harta ke Perth, Australia.

Rakan mereka yang tidak bertanding, Kalimullah dikatakan telah melarikan diri ke London. Pos Malaysia berharap dapat menawarkan perkhidmatan Pos Laju untuk menghantar salinan dokumen kerajaan dari Abdullah dan Khairy

Bersatu tubuh

Karyawan fears four states may follow Kelantan’s example

PETALING JAYA: ... “We want to convince them that there are concerts and performances that can be well managed and run, even without strict restrictions being imposed,” he said, adding that Kelantan's gender segregation concerts were impractical.

Two years ago, Kelantan lifted a 16-year ban on pop concerts and invited celebrities like Mawi, M. Nasir and Aishah to perform.

Aishah and four other female performers regaled 3,000 fans at a women-only concert while Mawi and his gang sent 15,000 concert-goers into a frenzy. Never mind that male and female audiences had to be segregated. Families, however, were allowed to sit together.

“We will have to have three categories – women, men and families. This will limit communication between the artistes and fans. It will not be enjoyable,” Fernandez noted.

“There should be more flexibility. It is not a necessity to segregate.”



Aku sokong cadangan Presiden Karyawan ini. Sememangnya tidak menyeronokkan jika diasing-asingkan tempat duduk diantara lelaki dan wanita.

Tiada peluang bagi aku untuk meneka saiz bra yang dipakai oleh wanita-wanita. Tidak berpeluang untuk melihat kegebuan paha-paha mulus mereka. Dan yang paling utama tidak berpeluang untuk mendapat 'rezeki' malam itu.

Jahanam.

Minta cadangan kondom percuma ya. err..bir percuma juga.

Lelaki Misteri

Petikan dari Utusan Online:

PUTRAJAYA 27 Mac - ...Timbalan Pendakwa Raya, Wong Chiang Kiat ketika berhujah pada 5 November tahun lalu menyatakan, Hanif Basree adalah orang terakhir yang melakukan hubungan seks dengan Noritta sejurus sebelum kematiannya.

Beliau berkata, keterangan pakar patologi forensik menunjukkan mangsa mati semasa masih terbaring manakala Hanif Basree sebagai penyumbang terbanyak kepada takungan cecair dalam vaginanya, walaupun tidak dipertikaikan bahawa Noritta telah melakukan hubungan seks dengan lebih seorang lelaki.

Sementara itu peguam Datuk V. Sithambaram yang mengetuai pembelaan pula berhujah, kewujudan lelaki tidak dikenali yang melakukan hubungan seks dengan mangsa dan kehadiran DNA lelaki itu pada coli dan wayar yang mengikat tangan serta kaki mangsa telah menimbulkan keraguan dalam kes pendakwa.

Begitu juga bau badan lelaki misteri yang diberitahu oleh teman serumah Noritta, Nor Azora Abdul Hamid dan Kenneth Michael Yap Teik Huat, katanya, bukanlah bau badan responden serta air mani di dubur mangsa adalah akibat daripada perbuatan liwat lelaki tidak dikenali itu.


Bacaan lanjut disini



Jeng jeng jeng.

Siapakah lelaki misteri itu yang suka kepada aksi meliwat?

Masyarakat Starbuck

Merujuk kepada laporan akhbar Berita Harian bertarikh 26 Mac 2008, ruangan Rencana, ”Puteri tangkis serangan siber”, halaman 9. Dato’ Noraini Ahmad mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan bahawa pembaca blog adalah ’Masyarakat Starbucks’.


Blogger memang kaya-kaya belaka.

Pakej Berani

3 Langkah Pakej Berani Pak Dolah:


1. Mengurangkan impak dan kenaikan harga barang dunia ke atas golongan isi rumah berpendapatan rendah dan menghadkan pembaziran serta kerugian disebabkan subsidi,

2. Mengkaji semula perlaksanaan pelan ekonomi bagi memastikan faedahnya dinikmati rakyat, dan

3. Terus berusaha mengurangkan jurang pendapatan antara dan kalangan kumpulan etnik serta memastikan keadilan untuk semua rakyat.



Lihat langkah pertama, KERUGIAN DISEBABKAN SUBSIDI?

Memang merugikan. Tarik balik subsidi dan biar harga minyak naik. Langkah ini paling berkesan

Soalan Bocor

Ketika ditanya oleh si Mungkar dan Nakir,

"Apakah AGAMA mu?"

Dengan bangga,

"ISLAM HADHARI".


Jahanam.

Rukunegara

KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
KELUHURAN PERLEMBAGAAN
KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
KESOPANAN DAN KESUSILAAN


Jika anda menerima dua arahan yang berbeza, satu dari Sultan menyuruh melakukan A dan satu lagi dari PM menyuruh anda melakukan B, siapakah yang anda akan patuhi?

Mestilah ikut PM.

Rukunegara ke 6 : KESETIAAN TIADA BERBELAH BAGI KEPADA UMNO

Kempen strategi

Kita boleh dapati begitu banyak video-video ceramah oleh calon-calon dan pemimpin-pemimpin parti ketika PRU 12 baru-baru ini di YouTube.

Tetapi, tidak bagi ketiga-tiga calon ini yang sememangnya mempunyai kredibiliti yang besar. Mereka melihat bukan sahaja video-video ceramah sebagai satu dari cara berkempen tetapi perlu juga video memperkenalkan diri mereka :









Hidup Parti Kunci. Hidup!!




Pengerusi Parti Kunci yang telah memberi ancaman besar kepada parti-parti lain ketika Pilihanraya ke 12 baru-baru ini semakin terancam. Beliau sering diganggu dengan tawaran, ancaman dan ugutan melibatkan kewangan beliau.


"KUALA TERENGGANU: Calon bebas tertua yang bertanding pada pilihan raya umum lalu, Maimun Yusof mendakwa sering dikunjungi individu yang mahukan wangnya sehingga menyebabkan dia trauma dan takut untuk keluar rumah atau menjawab panggilan telefon."



Walaubagaimanapun, beliau tidak seperti pemimpin lain yang hanya mementingkan kroni. Beliau berjuang bukan untuk tembolok dan kekayaan diri dan keluarga sendiri tetapi berjuang untuk...err..

Kain batik yang terbaik barangkali?


Ah, tidak apa, perjuangan kita bincangkan kemudian.

"Tok sedih dan rindu pada anak dan cucu. Sudah lama mereka tak balik jenguk tok. Tak tahulah kalau anak tok marah sangat kerana tok berkeras untuk bertanding pada pilihan raya lalu," katanya.



Bacaan lanjut disini

Facebook beliau. Beliau berpesan, jangan 'poke' selalu.

Warkah untuk Abang

Setelah sekian lama, wajah, suara serta hujah-hujah bernas abang telah lama tidak kelihatan dan kedengaran. Seperti pungguk rindukan bulan.

Tetapi, malam semalam. Kerinduan ini terubat. Sungguh terharu. Sukar digambarkan perasaan ini.

oh~

Bagi diriku segala buah fikiran abang amat bertepatan, logik serta relevan

Hey, lulusan Oxford kan. Mestilah hebat.

Tambahan pula, hujah yang dilontarkan oleh abang malam semalam kelihatan mantap sekali. English abang lancar. Saya tak faham tapi saya percaya apa yang abang katakan semalam bernas dan tepat.

Akhir sekali, kepada abang Khairy Jamaludin Bin Abu Bakar (err..ada bin kan?). Jangan selalu menghilang dan mendiamkan diri. Dahulu abang bukan macam ini kan? Kalau abang tiada, dimana lagi kami perlu bergantung harap.


Yang Ikhlas,

Rempit Forever
Sg. Buloh

Saya suka makan aiskrim

2 minggu lepas,

Ayah sedang menonton TV. Buletin Utama.

"Ayah, ayah nak tak sikit aiskrim Boboy ni", tanya Boboy

"Tak apalah Boy, Boy makan je la".

"Jahanam betul Lim Kit Siang, dengan Raja pun berani derhaka!".

"Kenapa ayah?".

"Tengok tu, Raja dah setuju pilih menteri besar tapi dia boleh suruh orang bawahan dia boikot", tegas Ayah.

"Kurang ajar, melayu Perak pun satu. Dipangkahnya DAP buat apa?", tegas Ayah lagi.

Slurp, slurp, slurp.

"UMNO itu sikit punya bagus. Tolong melayu. Isk"

"Tapi ayah, semua calon yang bertanding dekat Perak tu UMNO ke?"

"Err, tak".

Slurp, slurp, slurp




*




Hari ini.

Ayah sedang menonton TV. Buletin Utama.

"Ayah, kenapa MB Terengganu baru kena pecat dari UMNO?".

"Sebab melawan kata pucuk pimpinan parti", terang Ayah.

"Tapi, bukankah Sultan yang pilih?".

"Orang-orang UMNO pun menderhaka ke ayah?".

"err, melayu sama melayu tak apa Boy".

"Aiskrim Boboy ada lagi?".

"Minta sikit".

Slurp, slurp, slurp.



*Update : "Ayah saya kata MB baru Terengganu tidak jadi dipecat. Takut dengan Sultan saya rasa".


Slurp, slurp, slurp.

Mungkin tidak terlambat bagi aku ucapkan,

"Selamat menyambut Maulidur Rasul".

Panjatkan selawat kepada Nabi Junjungan kita Muhammad S.A.W.

Seksi

Lelaki kulit gelap dianggap lebih seksi

LONDON: Warna kulit adalah daya penarik setiap individu biarpun hakikatnya, cita rasa wanita dan lelaki terbukti berbeza - lelaki sukakan wanita berkulit cerah, manakala wanita lebih meminati lelaki berkulit gelap.

Lelaki mengaitkan warna kulit putih itu dengan lambang kesucian, perawan, baik, budi pekerti mulia dan lemah.

Wanita pula menganggap lelaki kulit hitam sebagai penuh misteri, rakus, bahaya serta ada tarikan seks.




...ehem...

Pesanan Komuniti #1



Gigi palsu sepertimana yang kita ketahui merupakan aset yang paling berharga bagi diri sesetengah individu. Tak kira usia. Jika keadaan mendesak, gigi palsu merupakan penyelamat. Bayangkan (sambil memejam mata), apalah nikmatnya makan jika kita kehilangan gigi yang berfungsi untuk menghancur, mengoyak serta melumat makanan. Tidak dapat kita bayangkan bukan?

Sudah tentu bagi diri individu yang kehilangan gigi palsu merupakan satu hari yang tragis, lebih-lebih lagi jika kehilangannya didalam keadaan tragis

Tertelan gigi palsu kekasih syok bercium

GEMAS: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Melaka akibat tertelan gigi palsu teman wanitanya ketika sedang asyik bercumbuan, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 10.45 malam di sebuah ladang kelapa sawit di Gugusan Felda Palong, dekat sini, mangsa bersama beberapa rakan serta teman wanita masing-masing dikatakan menghidu gam sebelum khayal di dalam pondok di ladang berkenaan.

Menurut sumber, dalam keadaan khayal mangsa yang dikatakan asyik bercumbuan dengan teman wanitanya secara tidak sengaja tertelan gigi palsu kekasihnya yang tercabut.



Bacaan lanjut disini

Pesanan : Sila pastikan gigi palsu ditanggalkan terlebih dahulu sebelum bercumbuan

Harimau Tempang



"Terbaru, logo FAM telah diubah suai ke nama ‘Persatuan Kenasepak Malaysia’ dengan gambar harimaunya seperti sedang tidur sambil kaki belakang sebelah kirinya berbalut cedera.

Lebih memalukan, logo itu telah digunakan oleh saluran sukan ESPN menerusi program secara langsung Sportscenter Asia Rabu lalu sambil tertera nama Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad yang sedang ditemubual menerusi telefon ketika itu."



Bacaan lanjut disini

Please reload your weapon



Demam AF6 kini bermula. Demam pilihanraya pun tidak sehebat ini. Linangan air mata, gelak tawa, tepuk tampar, kisah cinta sesama mereka di kaca tv serta didada-dada akhbar. Tokei-tokei kedai mamak tersenyum gembira mencongak keuntungan bakal diperolehi. Pekerja-pekerja juga sudah mula diberi latihan intensif untuk mengingati nama setiap peserta AF.

Ah, sesungguhnya diri ini sudah tidak sabar untuk menjadi penonton setia setiap malam minggu.

Aku juga mula memasang angan-angan sekiranya aku mempunyai anak, akan ku asuh supaya mereka bila besar nanti berjaya untuk menjadi peserta AF. Lihat saja Mawi, kaya serta tiada masalah untuk putus tunang dengan sesiapa sahaja. Tidak perlu belajar tinggi-tinggi. Tiada siapa yang ingin memandang.

Aku sentiasa menangis melihat penyingkiran peserta-peserta AF yang kurasakan boleh pergi lebih jauh didalam industri hiburan tanah air. Ingin saja ku memeluki mereka sambil berbisik kata-kata semangat. Lebih-lebih lagi peserta wanita pilihan ku yang bertetek besar.

Maaf, Dafi boleh pergi jahanam.


Walau airmata aku selalu tewas di setiap penghujung Konsert AF, tapi masih terselit lagi kekerasan didalam hati ku. Hey, aku orang jantan ok?

Seperti contoh jika melihat gambar-gambar dibawah ini, tidak terlintas langsung nak menangis. Sebak pun tiada. Apa yang keluar dari hati ku

"Pergi jahanam dengan mereka-mereka ini"
"Apa aku peduli"













"Ini Malaysia, bukan macam Palestin"

Kamus Dewan

U.M.N.O. = UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION

Kemelayuan bukan? Barangkali dari sini timbul idea penggunaan Bahasa Inggeris dalam subjek Matematik dan Sains.

Markas Bukit Bintang


Aku seorang Punk. Kesemua kriteria PUNK ada pada diri aku. Rambut 'Mohawk', tindik, pin merata-rata, but, jaket kulit dan 'patches'.

Ya, aku seorang Punk. Dihadapan shopping mall ini kawasan jajahan aku serta kawan-kawan ku. Disinilah segala ideologi dan revolusi tercetus.

Ya, aku seorang Punk. Lihat awek melayu berambut biru itu. Tu, tu, yang bertatu Blink 182 tu. Aku dah kerjakan.

Ya, aku seorang Punk. Minggu lepas, aku berjaya meragut beg tangan milik seorang wanita metropolitan dihadapan Pavilion. Duit tiada tapi alatan solek penuh. Merasa juga menggunakan telefon bimbit. Nokia 3310 sahaja.


Ya, aku masih lagi Punk. Mari makan sampah.

Kami Sayang Pak Lah






Jangan undur lagi, kami masih sayang Pak Lah. Jahanamkan semua ugutan tersebut. Masih banyak yang perlu Pak Lah kecapi.

Go Pak Lah
Go Khairy

Bukan Budaya Kita


10 Nov 2007 : Aku di Bukit Bintang. Dengan maskara tebal di mata, rambut emo sekali potong RM12, seluar koyak. Ye, aku gothic. Bersama kawan-kawan ku.

Pada ketika itu juga aku dikejutkan dengan himpunan Bersih yang telah mengumpul 4 ribu rakyat ( aku baca Utusan keesokkan harinya) yang mahukan reformasi pilihanraya. Mereka mahukan suara mereka didengari oleh Agong yang kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui Agong cuma berminat jika ianya melibatkan kuda dan golf. Dangkal sungguh tindakan mereka dan yang paling utama menyusahkan aktiviti sosial aku. Jahanam!.

Keesokkannya pula bekas pembaca berita yang telah dinaik taraf menjadi Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin menyatakan:

"Pergi jahanam dengan peserta himpunan Bersih"
"Ini bukan budaya kita"
"We have the erection in Malaysia. It’s no, no point on having the protest"

Tak lama selepas kejadian itu, Hindraf pula buat hal.

"Duduk estet tarak happy ke macha? "

Kemudian semalam, 14 Mac 2008, satu perhimpunan "HARAM" telah dianjurkan oleh Melayu Bumiputera dan Melayu Umnoputera di hadapan Komtar, Pulau Pinang kerana mereka risau projek untuk mengkayakan mereka-mereka yang telah kaya dihentikan. Hampir 3 ribu yang telah menyertai himpunan tersebut sepertimana dilaporkan didalam Utusan.



Tetapi yang membezakan antara Himpunan BERSIH, Hindraf dan Melayu Umnoputera ini ialah, himpunan Melayu Umnoputera ini telah mendapat layanan istimewa dari Polis dan FRU walau himpunan ini kesemuanya "HARAM".

"Saya nak mendaftar jadi Umnoputera bagaimana?"

"Pergi jahanam, budak gothik kami tidak layan"



mood : sedih

Selat Melaka akan ku renangi

Ketagihan terbaru


Pergi jahanam Dafi. Nasib baik tidak terlintas untuk aku mengundi engkau

Popcorn dan TV

Jika anda seorang Melayu dan mempunyai cita-cita untuk terkenal dan tersohor dalam bidang pengarahan drama-drama swasta tempatan, SILA AMBIL PERHATIAN. Disini saya perturunkan scene-scene dan tips-tips yang perlu ada didalam drama tersebut :

1) Scene di meja makan : Pastikan pelakon-pelakon makan dengan penuh sopan sambil bercerita saham-saham atau permasalahan keluarga jiran sebelah. Makanan yang terhidang perlu terdiri dari berbagai menu. Ingat , western food satu kemestian. Pelakon cuma perlu cuit-cuit sedikit sahaja

2) Watak Golongan Berada : Watak golongan-golongan ini perlu bagi menguatkan jalan cerita kerana mereka merupakan golongan majoriti didalam negara ini. Satu fakta yang tidak ramai ketahui

3) Kereta dan rumah mewah

4) Konflik rumah tangga, perniagaan keluarga dan kayu tiga. Sumbang mahram juga terbukti berkesan

5) Jurumekap Profesional : Kepakaran mereka amat diperlukan kerana pelakon-pelakon terutama sekali heroin perlu sentiasa bermekap tebal walau ketika makan malam dirumah, menonton tv malah sebelum dan selepas bangun dari tidur sekalipun

6) Skrip perlu diselang seli diantara Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. Ia merupakan satu tanda sokongan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris bagi subjek Matematik dan Sains dan juga satu tanda aras kemodenan

7) Akhir sekali, heroin-heroin perlu mempunyai buah dada yang besar. WAJIB, tidak pandai berlakon tidak apa.


Sekian terima kasih

Bersama Menghulur Bantuan





Date prepared: 8 March 2008(12.00 am)

Personal Particular

Name: Samy Vellu
Age: 72
Sex: Male
Race: Please see my name
Correspondence address: Kementerian Kerjaraya, Putra Jaya.( Not valid after 10 March 2008)
Contact Number: N/A

Highest Education

LCE @ Sijil Rendah Pelajaran Malaysia (SRP)

Working Experience

As work minister for 30 years
MIC leader for 30 years

Achievement:
Increase Toll fee & set up new toll

Proposal to solve Parliament building water leakage issue-(Project failed due to technical error, not my fault)

Proposal to Solve traffic congestion in Penang bridge by introducing Helicopter to lift the break down / accident car ( Project cancel due to technical error, not my fault)

Won in Election (Sg. Siput) for 30 years consecutive. (Lost in 2008 election due to technical error, not my fault)



Personal Strength:

Good interpersonal skill – Able to communicate well & respect by all level of people.

Good problem solving skill – by denying all faults

Expected salary: Not important (As long as I get a job…)

Reference:

HINDRAF members
People of Sungai Siput

Yours sincerely,

Samy Vellu


**

Uncle, saya akan cuba sedaya upaya saya untuk membantu uncle

p/s: Happy belated birthday

DEB dan Makcik Timah

Ketika ini, bangunlah satu bangsa yang dikenali sebagai Melayu, terjerit, terpekik terlolong. Ye, M.E.L.A.Y.U. Jawa pun melayu juga. KIMMA?, masih dalam pertimbangan. Maaf.

Kesemuanya berpunca dari Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru, Lim Guan Eng menyatakan,

"Pergi jahanam dengan kronisme, ketidakadilan dan kepincangan dalam DEB!"

Terjelepuk kesemua pemuja keris tidak bersarung. Pak Lah mula terjaga dari tidur. Sambil mengesat air liur dan membelai 'son-in-law':

"Pergi jahanam sama kamu DAP jika mengabai hak-hak melayu"

"Anak dan anak menantu aku nak makan apa?"

Akibat dari itu, seorang melayu Dato' Azhar Ibrahim mula menjalankan misi-misi kebangsaannya:

"Pergi jahanam kepada semua rakyat Pulau Pinang yang memilih DAP".

"Hah, padan muka kamu semua, projek-projek mega kami tarik balik"


Menarik

Memang menarik pemikiran sebuah bangsa yang hanya boleh dijumpai di sebuah negara bernama BolehLand. Sedar atau tidak sedar, selama ini siapa yang mengaut keuntungan dari DEB? Kalau tidak, tiadalah rancangan Bersama Mu.


ah, pergi jahanam

Bab Pertama

"Hah?"

"Ye, aku sudah memblogging"

"Bukankah kau pernah meluahkan blooging ini hanyalah untuk 'show off'?"

"Tidak, aku rasa terpanggil"

"Walaupun pernah seseorang mengelar blogger adalah terdiri dari wanita2 yang tidak mempunyai pekerjaan?"

"Ye, aku mahukan wanita2 cantik mendampingi ku, NOKTAH!"

"Hah?"

"Pergi jahanam!"