Popcorn dan TV

Jika anda seorang Melayu dan mempunyai cita-cita untuk terkenal dan tersohor dalam bidang pengarahan drama-drama swasta tempatan, SILA AMBIL PERHATIAN. Disini saya perturunkan scene-scene dan tips-tips yang perlu ada didalam drama tersebut :

1) Scene di meja makan : Pastikan pelakon-pelakon makan dengan penuh sopan sambil bercerita saham-saham atau permasalahan keluarga jiran sebelah. Makanan yang terhidang perlu terdiri dari berbagai menu. Ingat , western food satu kemestian. Pelakon cuma perlu cuit-cuit sedikit sahaja

2) Watak Golongan Berada : Watak golongan-golongan ini perlu bagi menguatkan jalan cerita kerana mereka merupakan golongan majoriti didalam negara ini. Satu fakta yang tidak ramai ketahui

3) Kereta dan rumah mewah

4) Konflik rumah tangga, perniagaan keluarga dan kayu tiga. Sumbang mahram juga terbukti berkesan

5) Jurumekap Profesional : Kepakaran mereka amat diperlukan kerana pelakon-pelakon terutama sekali heroin perlu sentiasa bermekap tebal walau ketika makan malam dirumah, menonton tv malah sebelum dan selepas bangun dari tidur sekalipun

6) Skrip perlu diselang seli diantara Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris. Ia merupakan satu tanda sokongan terhadap penggunaan Bahasa Inggeris bagi subjek Matematik dan Sains dan juga satu tanda aras kemodenan

7) Akhir sekali, heroin-heroin perlu mempunyai buah dada yang besar. WAJIB, tidak pandai berlakon tidak apa.


Sekian terima kasih

0 comments :