Please reload your weapon



Demam AF6 kini bermula. Demam pilihanraya pun tidak sehebat ini. Linangan air mata, gelak tawa, tepuk tampar, kisah cinta sesama mereka di kaca tv serta didada-dada akhbar. Tokei-tokei kedai mamak tersenyum gembira mencongak keuntungan bakal diperolehi. Pekerja-pekerja juga sudah mula diberi latihan intensif untuk mengingati nama setiap peserta AF.

Ah, sesungguhnya diri ini sudah tidak sabar untuk menjadi penonton setia setiap malam minggu.

Aku juga mula memasang angan-angan sekiranya aku mempunyai anak, akan ku asuh supaya mereka bila besar nanti berjaya untuk menjadi peserta AF. Lihat saja Mawi, kaya serta tiada masalah untuk putus tunang dengan sesiapa sahaja. Tidak perlu belajar tinggi-tinggi. Tiada siapa yang ingin memandang.

Aku sentiasa menangis melihat penyingkiran peserta-peserta AF yang kurasakan boleh pergi lebih jauh didalam industri hiburan tanah air. Ingin saja ku memeluki mereka sambil berbisik kata-kata semangat. Lebih-lebih lagi peserta wanita pilihan ku yang bertetek besar.

Maaf, Dafi boleh pergi jahanam.


Walau airmata aku selalu tewas di setiap penghujung Konsert AF, tapi masih terselit lagi kekerasan didalam hati ku. Hey, aku orang jantan ok?

Seperti contoh jika melihat gambar-gambar dibawah ini, tidak terlintas langsung nak menangis. Sebak pun tiada. Apa yang keluar dari hati ku

"Pergi jahanam dengan mereka-mereka ini"
"Apa aku peduli"













"Ini Malaysia, bukan macam Palestin"

0 comments :