Markas Bukit Bintang


Aku seorang Punk. Kesemua kriteria PUNK ada pada diri aku. Rambut 'Mohawk', tindik, pin merata-rata, but, jaket kulit dan 'patches'.

Ya, aku seorang Punk. Dihadapan shopping mall ini kawasan jajahan aku serta kawan-kawan ku. Disinilah segala ideologi dan revolusi tercetus.

Ya, aku seorang Punk. Lihat awek melayu berambut biru itu. Tu, tu, yang bertatu Blink 182 tu. Aku dah kerjakan.

Ya, aku seorang Punk. Minggu lepas, aku berjaya meragut beg tangan milik seorang wanita metropolitan dihadapan Pavilion. Duit tiada tapi alatan solek penuh. Merasa juga menggunakan telefon bimbit. Nokia 3310 sahaja.


Ya, aku masih lagi Punk. Mari makan sampah.

0 comments :