10 Nov 2007 : Aku di Bukit Bintang. Dengan maskara tebal di mata, rambut emo sekali potong RM12, seluar koyak. Ye, aku gothic. Bersama kawan-kawan ku.
Pada ketika itu juga aku dikejutkan dengan himpunan Bersih yang telah mengumpul 4 ribu rakyat ( aku baca Utusan keesokkan harinya) yang mahukan reformasi pilihanraya. Mereka mahukan suara mereka didengari oleh Agong yang kebanyakan daripada mereka tidak mengetahui Agong cuma berminat jika ianya melibatkan kuda dan golf. Dangkal sungguh tindakan mereka dan yang paling utama menyusahkan aktiviti sosial aku. Jahanam!.
Keesokkannya pula bekas pembaca berita yang telah dinaik taraf menjadi Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin menyatakan:
"Pergi jahanam dengan peserta himpunan Bersih"
"Ini bukan budaya kita"
"We have the erection in Malaysia. It’s no, no point on having the protest"
Tak lama selepas kejadian itu, Hindraf pula buat hal.
"Duduk estet tarak happy ke macha? "
Kemudian semalam, 14 Mac 2008, satu perhimpunan "HARAM" telah dianjurkan oleh Melayu Bumiputera dan Melayu Umnoputera di hadapan Komtar, Pulau Pinang kerana mereka risau projek untuk mengkayakan mereka-mereka yang telah kaya dihentikan. Hampir 3 ribu yang telah menyertai himpunan tersebut sepertimana dilaporkan didalam Utusan.
Tetapi yang membezakan antara Himpunan BERSIH, Hindraf dan Melayu Umnoputera ini ialah, himpunan Melayu Umnoputera ini telah mendapat layanan istimewa dari Polis dan FRU walau himpunan ini kesemuanya "HARAM".
"Saya nak mendaftar jadi Umnoputera bagaimana?"
"Pergi jahanam, budak gothik kami tidak layan"
mood : sedih
3 comments :
March 16, 2008 at 2:55 AM
Lucius Maximus...lu tulis memang takde akal. Penulisan hang yang separuh logikal ini melambangkan kebodohan Melayu Lucius Maximus bukan UMNO.
UMNO adalah satu konsep untuk mempertahan dan memperjuangkan hak2 orang Melayu semasa dibawah jajahan British.
Apa la lu melalut zaman Hang Tuah zaman sebelum UMNO?
Feudalism memang cara hidup Melayu dahulu dan di merata tempat bahlul. British pun ada konsep for the Queen and Country.
Apa yang menghairankan?
Lucius lu lucu dan melambangkan kedengkelan orang Melayu yang tak tahu hujung pangkal.
Lebih baik baca Anti-Toksin. Rumah atuk lu dulu ada jamban pam ke?
Mengutuk-ngutuk nenek moyang Melayu bukan tanda lu pandai. Sebaliknya menunjukan lu tahu sejarah tak tahu kedatangan Cina tak tahu kemiskinan kaum lu sendiri.
Yang lu sokong Cina DAP nak hapuskan DEB buat ape. Cina dah kaya. Dengan DEB yang penuh kelemahan pun Melayu tak terkejar apa lagi tanpa DEB. Kenapa lu otak bias terhadap kaum lu sendiri. Memang Lim Guan Eng menggariskan Penang DEB free. Maknanya takde DEB. Bila UMNO penang melenting baru tukar DEB tanpa kronisme..
Hujah2 lu yang bodoh dan cuba menghina Melayu tak boleh dibiarkan kerana tentu ada Melayu yang lemah mcm Takahira dan Magenta yang terpengaruh.
Kalau UMNO tidak mengamuk pada 1969 DEB takkan dijadikan polisi oleh Tun Razak.
Lu ingat Cina yang datang ke Malaya kerja di tin mine tu Cina yang baik.
Mereka jual emak sendiri untuk duit.
Ini diakui cina sendiri.
Yang lu dengki dengan UMNO dan Melayu yang membangunkan Malaysia kenapa?
Adakah Kelantan yang berzaman di bawah PAS sama maju dengan Singapura? Atau sama maju dengan P. Pinang.
Hang tak nak DEB itu hang punya hal.. jangan pula menangis tak adil..bila orang melayu lain berebut.
Pada amnya Melayu telah maju dibawah UMNO tapi pembahagian kemewahan perlu diagih lebih sama rata. Penonjolan Nazir Razak mendapat komisen beratus juta dengan mengabungkan syarikat Melayu PNB atau komisen Khairi itu yang tak dapat diterima.
Bukan salah UMNO. UMNO hanya konsep. Dan orang Melayu bijak. Bila dilihat UMNO menjadi kuda tunggangan KJ mereka undi parti lawan.
Tapi konsep UMNO itu masih utuh.
Jika ramai Melayu menulis di Utusan Malaysia itu bermakna majoriti Melayu masih menyokong konsep UMNO. Ini lah demokrasi. Anda benci bila ramai Melayu menyokong UMNO kerana Islam Hadhari tapi penganut ugama PAS Islam totok di Kelantan tak ubah seperti yang ketinggalan zaman. Adakah saudara dan kenalan Lucius yang berhajat untuk mencari kerja di Kelantan? Berapa ramai rakyat Selangor,Penang yang merempat di Kelantan mencari kerja dari rakyat negeri tadbiran PAS totok yang merempat di Selangor UMNO atau Penang Kafir
?
Ini fakta dude. Jawab jangan terbuai dengan pujian dari pompuan internet seperti Magenta membuat hang gah!
March 16, 2008 at 4:52 AM
Antara tanah milik melayu kelantan dan tanah milik melayu di Pulau Pinang, mana yang paling banyak?
ah, kejap
nak sambung berak
March 17, 2008 at 3:25 PM
gila sesat mamat wht ni
Post a Comment