Pesanan Komuniti #1



Gigi palsu sepertimana yang kita ketahui merupakan aset yang paling berharga bagi diri sesetengah individu. Tak kira usia. Jika keadaan mendesak, gigi palsu merupakan penyelamat. Bayangkan (sambil memejam mata), apalah nikmatnya makan jika kita kehilangan gigi yang berfungsi untuk menghancur, mengoyak serta melumat makanan. Tidak dapat kita bayangkan bukan?

Sudah tentu bagi diri individu yang kehilangan gigi palsu merupakan satu hari yang tragis, lebih-lebih lagi jika kehilangannya didalam keadaan tragis

Tertelan gigi palsu kekasih syok bercium

GEMAS: Seorang remaja lelaki berusia 19 tahun terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital swasta di Melaka akibat tertelan gigi palsu teman wanitanya ketika sedang asyik bercumbuan, Rabu lalu.

Dalam kejadian jam 10.45 malam di sebuah ladang kelapa sawit di Gugusan Felda Palong, dekat sini, mangsa bersama beberapa rakan serta teman wanita masing-masing dikatakan menghidu gam sebelum khayal di dalam pondok di ladang berkenaan.

Menurut sumber, dalam keadaan khayal mangsa yang dikatakan asyik bercumbuan dengan teman wanitanya secara tidak sengaja tertelan gigi palsu kekasihnya yang tercabut.



Bacaan lanjut disini

Pesanan : Sila pastikan gigi palsu ditanggalkan terlebih dahulu sebelum bercumbuan

0 comments :