Jangan Panik

Boboy kelihatan tergesa-gesa pulang dari kedai.

"Abah", sedikit teriak. Abah yang ketika itu sedang membaca suratkhabar seraya menoleh.

Sambil mengatur nafas, "Harga beras naik bah!". Abah tersenyum. Boboy kelihatan pelik dengan reaksi yang diberikan oleh ayahnya.

"Datuk Shahrir Samad dah umumkan harga beras kita masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara jiran lain Boy."

"Singapura RM6 manakala Thailand RM5. Malaysia RM3 je. So, beras kita lagi murah kan?"

Sambil berlalu untuk ke dapur, "Singapura ada jelapang padi ke bah?".



Dahi abah berkerut. Suratkhabar digenggam keras. Jelingan tajam dilemparkan

4 comments :

  Kurie

May 5, 2008 at 8:59 PM

Ni satu lagi orang takde otak...
Nasib la dia x cakap kerana penduduk Kelantan ngan Terengganu makan nasi banyak...

P/s:Harap kayalah nenek aku tanam padi tahun nih...amin...

  manusia ganjil ikan yu

May 6, 2008 at 8:21 AM

Kurie - Amin...

  Rajuna

May 16, 2008 at 10:23 PM

harga beras naik?

itu gampang*
tanam keledek di apartment masing2 yah!!


gampang - mudah dalam bahasa indonesia

gampang - anak haram rasanya kot.


hehe

  Rajuna

May 16, 2008 at 10:26 PM

harga beras naik?

itu gampang*

rakyat diseru tanam keledek dan ubi yahh


gampang(indonesia)-mudah
gampang (malaysia)- anak haram kot