Tittt..titt..tittt...

Segala makian didalam keadaan separa sedar ku lemparkan.


...

Tittt..titt..tittt...

Ah, sudah. Dia main 'snooze' pulak. Aku capai 'handphone' ku dalam keadaan marah. Kalau tidak dikenangkan 'handphone' ini dibeli dengan bantuan ibuku, mahu saja aku campak ke dinding.

Di skrin terpampang 'reminder' kepulangan Salleh dari Australia. Eh, baru aku teringat rancangan menjemput Salleh di KL Sentral. Aku perlu pantas.

Pinjam duit dari ibu terus ke Putra LRT Wangsa Maju. Aku duduk di kerusi yang kosong. Sebelahku wanita muda berbangsa Melayu. Aku meneka.

"Malam ni I datang, tapi janji belanja I beg Louis Vuitton satu tau", bualnya dalam HP sambil mata meliar. Kuat.

Aku hanya mengelengkan kepala melihat telatah pemuda dihadapan ku pura-pura tidur dengan niat tidak membenarkan seorang makcik mengambil tempatnya. Kenapa aku perlu terperangkap didalam situasi begini?

"Stesen berikutnya KL Sentral. Next station KL Sentral", Aku menarik nafas lega.

Pantas aku keluar setelah tiba di KL Sentral. Salleh sudah sedia menunggu. Lee Udang juga ada.

Salleh, sambil menyeluk begnya "Aku nak tunjuk 'something' kat korang ni"

Aku dan Lee Udang berpandangan dan seraya menjerit "Wah!! Album My Chemical Romance original!!"..


Gambar yang sempat kami ambil

0 comments :