Penguatkuasaan larangan menjual petrol dan diesel kepada kenderaan asing di semua stesen minyak di Johor Bahru dan Kulai ditangguhkan sehingga 9 Jun ini.
Nota : win-win situation.
Apa yang kamu mahukan Jahanam?
Posted by manusia ganjil ikan yu May 30, 2008 at 4:30 PM
Penguatkuasaan larangan menjual petrol dan diesel kepada kenderaan asing di semua stesen minyak di Johor Bahru dan Kulai ditangguhkan sehingga 9 Jun ini.
Posted by manusia ganjil ikan yu at 10:11 AM
Lu orang ni suka bikin kecoh la. Gua ada kereta besar, gua ada banyak wang. Kerja bagus. Tak macam lu orang. Pasal bayar tol pun mau kecoh ke? Gua rilek je. Setakat 90 sen, apalah sangat. Tak luak mana pun. Gaji sebulan gua tak terusik pun.
Posted by manusia ganjil ikan yu May 20, 2008 at 7:56 PM
Mulai dari malam semalam hingga ke hari ini. Abah kelihatan tidak tenang. Termenung. Kadang-kadang duduk bertemankan tong gas di dapur. Ada masanya duduk mengelamun di hadapan peti ais sambil pintunya dibuka luas. Rambut kusut masai. Boxer yang dipakainya pun terbalik. Boboy mula kerisauan.
"Bah..."
"Bah..." sedikit keras.
Abah yang ketika itu sedang duduk mengelamun di bawah pokok mempelam di belakang rumah menoleh. "Burung apa tu nak?"
"Pang!!", satu lempangan kemuka abah dilepaskan.
"Maafkan abah boy", sambil mengusap pipinya.
"Abah, kenapa dengan abah ni? Risau Boboy tengok bah. "
Dengan menarik nafas yang seakan tersekat di kerongkong "Abah didalam keadaan serba salah Boy. Pengasas UMNO Baru telah keluar dari parti yang diasaskannya sendiri."..Abah menangis teresak-esak. Sepanjang hidup Boboy, inilah pertama kalinya Boboy melihat Abah menangis. Sayu hatinya.
"Seorang wira bangsa terpaksa berkorban untuk melihat bangsanya maju. Tetapi cuba Boy bayangkan bagaimana dia ingin menghadapi hari yang akan mendatang jika dia teruskan juga tekadnya? Bagaimana?"..
Keadaan menjadi sunyi seketika.
"Abah," Boboy cuba menenangkan keadaan. "Gaji Penasihat Petronas masih lagi dibayar sebanyak 15 ribu la bah."
"Ye ke?", senyuman mula terukir dibibirnya..
Bezakan diantara dua :
KUALA LUMPUR: Kabinet tidak mengarahkan sebaliknya mencadangkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mempertimbangkan supaya membatalkan penggunaan dakwat pada pilihan raya umum lalu, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, bahawa Kabinet memutuskan untuk tidak menggunakan dakwat pada pilihan raya lalu walaupun SPR bersetuju menggunakannya bagi menjamin ketelusan
Posted by manusia ganjil ikan yu at 12:42 AM
Bukan berlegar tentang ideologi tetapi berapa banyak mp3 band hardcore yang telah dikumpul. Lagi 'rare' lagi 'true'. Kalau dulu dijalanan melaungkan 'anti establishment' tetapi kini sedang menebar ideologi di kelab-kelab malam berdekatan anda. Jangan terkejut sekiranya anda terlihat 'hardcore dancing' atau 'pogo' di dalam LOFT pada malam minggu. Jadikan ianya kebiasaan.
Tittt..titt..tittt...
Segala makian didalam keadaan separa sedar ku lemparkan.
...
Tittt..titt..tittt...
Ah, sudah. Dia main 'snooze' pulak. Aku capai 'handphone' ku dalam keadaan marah. Kalau tidak dikenangkan 'handphone' ini dibeli dengan bantuan ibuku, mahu saja aku campak ke dinding.
Di skrin terpampang 'reminder' kepulangan Salleh dari Australia. Eh, baru aku teringat rancangan menjemput Salleh di KL Sentral. Aku perlu pantas.
Pinjam duit dari ibu terus ke Putra LRT Wangsa Maju. Aku duduk di kerusi yang kosong. Sebelahku wanita muda berbangsa Melayu. Aku meneka.
"Malam ni I datang, tapi janji belanja I beg Louis Vuitton satu tau", bualnya dalam HP sambil mata meliar. Kuat.
Aku hanya mengelengkan kepala melihat telatah pemuda dihadapan ku pura-pura tidur dengan niat tidak membenarkan seorang makcik mengambil tempatnya. Kenapa aku perlu terperangkap didalam situasi begini?
"Stesen berikutnya KL Sentral. Next station KL Sentral", Aku menarik nafas lega.
Pantas aku keluar setelah tiba di KL Sentral. Salleh sudah sedia menunggu. Lee Udang juga ada.
Salleh, sambil menyeluk begnya "Aku nak tunjuk 'something' kat korang ni"
Aku dan Lee Udang berpandangan dan seraya menjerit "Wah!! Album My Chemical Romance original!!"..
Posted by manusia ganjil ikan yu May 5, 2008 at 7:05 PM
Boboy kelihatan tergesa-gesa pulang dari kedai.
"Abah", sedikit teriak. Abah yang ketika itu sedang membaca suratkhabar seraya menoleh.
Sambil mengatur nafas, "Harga beras naik bah!". Abah tersenyum. Boboy kelihatan pelik dengan reaksi yang diberikan oleh ayahnya.
"Datuk Shahrir Samad dah umumkan harga beras kita masih lagi rendah jika dibandingkan dengan negara jiran lain Boy."
"Singapura RM6 manakala Thailand RM5. Malaysia RM3 je. So, beras kita lagi murah kan?"
Sambil berlalu untuk ke dapur, "Singapura ada jelapang padi ke bah?".
Dahi abah berkerut. Suratkhabar digenggam keras. Jelingan tajam dilemparkan
Heeee...
Tidak tahu kenapa aku terasa sangat ceria pada hari ini. Nak kata dapat blowjob yang terbaik malam tadi, tak juga. Kesan dari alkohol, tidak juga. Adrenalin meluap-luap. Seperti ada yang tidak kena.
Ditangan ku ketika ini ada senaskah surat khabar. Harian Metro.
Saya fikir dulu’
Oleh Mohamad Hussin
KUALA LUMPUR: “Saya akan fikirkan dulu tapi dengan syarat bapa saya tak terbabit.”
Demikian janji wanita genius matematik, Sufiah Yusof, 23, kepada Presiden Persatuan Melayu United Kingdom (Melayu UK) Hamidi Abdul Rahman dalam pertemuan mereka, baru-baru ini.
Hamidi, 50, berkata beliau dan beberapa ahli persatuan berjumpa sendiri dengan Sufiah dan kini dalam usaha memujuk dan membawa pulang wanita itu bagi mendapatkan ‘rawatan’ lanjut.
Posted by manusia ganjil ikan yu at 8:47 AM
"Abah, kenapa dalam tv tu orang terpekik terlolong macam beruk?", tanya Boboy.
"Memang dari dulu lagi macam tu Boy. Percayalah, kejap lagi dihentikanlah siaran tu. Tak lama dah". Jawab Abah yang sedang membaca blog Dr M.
"Lebih baik Boboy tengok Animal Planet bah. Dapat tengok beruk mengawan".
Mata Abah membulat.