Hail all.
Dah lama tak update blog. Bertukar tempat kerja dan membuatkan hidup bertukar up side down sedikit.
Baru-baru ni aku dapat tiket free tayangan perdana James Bond - Quantum of Solace.
Review aku :
Kepada hardcore cerita James Bond yang suka pada kereta terbang, telefon guna kasut, jam boleh menembak. Buang impian tersebut kerana tiada langsung gajet-gajet seperti itu. Yang ada hanya panel 'Touch Screen" dan handphone yang super canggih. Itu sahaja.
Kepada mereka yang teruja ingin melihat kesempurnaan dan mulusnya Gadis Bond, pada awal mungkin akan tertanya-tanya
"Apa kejadah kat belakang gadis tu?"..
"Skin Disease ke?".
Seluruh pawagam akan mula berbisik-bisik dan menimbulkan suasana yang kurang senang. Sabar. Tunggu sehingga akhir.
Aksi bermula dari awal cerita. Thumb up aksi gaduh diatas menara loceng dan juga di sebuah motel murah. Bila watak terpelanting atau jatuh, kamera ikut sekali dan akan membuat kita terikut sama.
Opening theme menarik. Masih ada identiti Bond. Tapi, kenapa perlu dipotong? Jahanam
Ok, aku ada 2 tiket screening pass untuk diberi kepada sesiapa. Valid dari 17 Nov. Hanya boleh ditukar dimana-mana pawagam pada hari Isnin - Khamis sahaja.
Syarat untuk memiliki tiket ini mudah sahaja. Kamu-kamu semua hanya perlu memaksa kawan-kawan kamu untuk meninggalkan komen di post ini. Komen tersebut perlu ada link ke blog kamu. Komen yang memaparkan link ke blog kamu terbanyak akan memiliki tiket ini. Hanya seorang pemenang sahaja akan dipilih. Tamat pada 13 Nov 2008.
Bagaimana?
Update :- Peraduan telah tamat. Sekian terima kasih
7 comments :
November 8, 2008 at 8:54 PM
selamat kembali...
ganas pulak nampak layout baru ko..
jahanam betul...
adios..
November 8, 2008 at 10:28 PM
err.aku nak main tipu boleh?aku guna link kawan aku nak tulis link aku.tak tertulis dalam undang-undang kan?
amirsyafiq.blogspot.com
November 10, 2008 at 5:23 PM
bole je..
tarak hal..
sesiapa yang aku umumkan sebagai pemenang nanti, tolong hantar alamat kepada aku ek via email..aku pos express tiket tu.
November 11, 2008 at 1:36 PM
aku akan tinggalkan komen yang paling banyak
komen
komen
komen
komen
komen
komen
komen
komen
komen
komen
komen
komen
komen
komen
ha ha ha ....ade can tak bro aku nak dapat???
November 11, 2008 at 2:18 PM
Syarat untuk memiliki tiket ini mudah sahaja. Kamu-kamu semua hanya perlu memaksa kawan-kawan kamu untuk meninggalkan komen di post ini. Komen tersebut perlu ada link ke blog kamu. Komen yang memaparkan link ke blog kamu terbanyak akan memiliki tiket ini.
November 12, 2008 at 5:10 PM
tu macam aku punya tiket jer ko ambik eh?
November 12, 2008 at 5:13 PM
encik ryunosuke - hahaha...itu madagascar tak jadi ah..
ni tiket sinar yg kasi wei
Post a Comment