Indie la sangat

Menjeling ke arah jam dinding. 02.00 petang. Mampus!!

Sambil menyeka air liur, aku bingkas bangun. Pemain CD ku pasang. Lagu Cradle Of Filth muncul menceriakan suasana. Mencapai tuala dan pantas mandi.

Zul sudah pasti lama menunggu aku di BB ni. Beria benar nak berjumpa dengan aku sejak sekian lama berada di Australia. Mungkin nak hadiahkan aku cipap tiruan rasanya.

Aku mengenakan seluar jean's levis tiruan yang baru sahaja aku beli di Danau Kota malam semalam. Bukan orang perasan pun. T-Shirt semalam pun masih ok lagi baunya. Hmmm

Setibanya di BB, kawasan disekitar dipenuhi dengan manusia. Aku kehairanan. Tiba-tiba aku dilanggar oleh seorang wanita muda. Tak semena-mena aku dimarahinya. Speaking lak tu. Aku terkebil-kebil kerana fokus ku hanya kepada buah dadanya yang besar. Wanita itu berambut perang, mata biru, mini skirt dan mulut berbau belacan. Disebabkan malu, aku pantas meminta maaf dan berlalu dari situ.

Dari jauh sudah kelihatan Zul melambai tangannya. Dia perkenalkan aku kepada awek barunya. Taknak kalah. Minah Australia. Rambut perang juga seperti minah yang melanggar aku tadi. Bezanya wanita tadi sawo matang kulitnya.Kami lepak-lepak di Starbucks.

Apabila malam sudah mula menjenguk, sekitar BB mula dipenuhi dengan berbagai orang dan ragam. Wanita-wanita seksi disana-sini memperagakan fesyen terbaru. Aku sukar membeza mana yang Melayu, India dan juga Cina.

Aku membelek tarikh di jam ku. 30 Ogos. Dan jarum jam hampir ke pukul 12 malam.







10
9
8
7
6
5
4
3
2
1

MERDEKA!! MERDEKA!! MERDEKA!!



Yamseng!! Sahut remaja disebelah ku sambil mengibar bendera Malaysia. Menari-nari dan terjerit-jerit. Dibelakang ku kelihatan wanita muda Melayu sedang menari dengan tokei-tokei cina. Mereka kelihatan gembira.

Aku lantas pulang kerana keletihan. Sesungguhnya aku tidak mengerti apa erti Kemerdekaan. Yang aku tahu 31 Ogos setiap tahun adalah hari dimana aku boleh beri alasan kepada mak aku untuk pulang lewat dan juga bercuti.

0 comments :