Pukul sampai lebam

Amaran tahap pink polka dot: Entry ini mengandungi spoiler.


Sudah menonton Ong Bak 2?
Kalau belum lagi maka anda boleh membaca entry ini. Kepada yang sudah sila beri feedback.

Kepada mereka yang ingin menonton cerita ini dengan expectation tinggi aksi melampaui akal fikiran dan pokok kelapa, filem ini agak menghampakan. Babak Tony Jaa buat aksi fight stail kungfu kaku. Tidak nampak lenggok kungfu pun. Flashback yang agak panjang dan babak si heroin menari gila panjang. Tapi kesian bila si Tony Jaa sibuk menari, raja yang kejam tu tak ambil port pun sebab tengah layan si heroin. Aksi didalam filem terbarunya ini hanya diulang-ulang dari filem-filem terdahulu.

Bagaimanapun, filem ini menyajikan sinematografi, penataan cahaya dan efek yang menarik dari filem-filem yang terdahulu. Two thumbs up untuk babak ibu si hero dipanah. Babak tu teringat sampai sekarang.

Kemungkinan cerita ini ada sambungannya.

Tapi saya kecewa...


*sepatutnya entry ini dipublish pada 2hb Feb aritu, damn bz*

0 comments :