Aku dah semakin tua

Amaran tahap pink renda renda : entry ini mengandungi spoiler dan ayat-ayat jiwang berdarah.

Baru habis menonton The Curious Case Of Benjamin Button.

Review aku : kepada yang datang dengan harapan untuk melihat Brad Pitt yang hensem (awwww) terpaksa menunggu lama sedikit sebab cerita ini bermula ketika Benjamin(Brad Pitt) masih kecil tetapi bermuka tua seperti 70an.semakin meningkat umur semakin muda. Pelik bukan. Aku pun pelik dude.

Tiada aksi gaduh2 ye gadis2 diluar sana tp aksi diranjang ada. Uhhhh. Cerita ini sebenarnya menekankan mengenai kehidupan. Bagaimana kita menghargainya dan how to let it go. Storyline menarik gila. Rasa cam nak menangis tapi bila terpandang bulu dikaki terus aku berpura-pura kental.

Kepada yang belum menonton,sila tempah dari sekarang.menarik ditonton bersama kekasih atau skandal. Saja promosi kat sini sebab Brad Pitt tu ada bau-bau bacang dengan aku.

2 comments :

  Amak

February 16, 2009 at 2:30 AM

faker.

kau perasan tak, cerita tu, buat kita sedar yang jaga orang tua, sama je macam jaga baby.

=)

kan?

  manusia ganjil ikan yu

February 16, 2009 at 2:41 PM

in reality pun memang camtu..

semakin tua mula nyanyuk dan mula berperangai cam budak2

serius