Aku dah semakin tua

Amaran tahap pink renda renda : entry ini mengandungi spoiler dan ayat-ayat jiwang berdarah.

Baru habis menonton The Curious Case Of Benjamin Button.

Review aku : kepada yang datang dengan harapan untuk melihat Brad Pitt yang hensem (awwww) terpaksa menunggu lama sedikit sebab cerita ini bermula ketika Benjamin(Brad Pitt) masih kecil tetapi bermuka tua seperti 70an.semakin meningkat umur semakin muda. Pelik bukan. Aku pun pelik dude.

Tiada aksi gaduh2 ye gadis2 diluar sana tp aksi diranjang ada. Uhhhh. Cerita ini sebenarnya menekankan mengenai kehidupan. Bagaimana kita menghargainya dan how to let it go. Storyline menarik gila. Rasa cam nak menangis tapi bila terpandang bulu dikaki terus aku berpura-pura kental.

Kepada yang belum menonton,sila tempah dari sekarang.menarik ditonton bersama kekasih atau skandal. Saja promosi kat sini sebab Brad Pitt tu ada bau-bau bacang dengan aku.

Lompat si katak lompat

Korang ingat nak beli katak sekarang murah ke? Makan juta-juta bro. Kalau tak dapat gak nak nego, kena tambah ugut atau acah-acah sikit dengan C4.

Tapi katak-katak dekat Perak ah sekarang yang mahal-mahal. Mungkin area Kedah, Selangor dan Pulau Pinang pun akan naik harga macam Perak gak.

Pukul sampai lebam

Amaran tahap pink polka dot: Entry ini mengandungi spoiler.


Sudah menonton Ong Bak 2?
Kalau belum lagi maka anda boleh membaca entry ini. Kepada yang sudah sila beri feedback.

Kepada mereka yang ingin menonton cerita ini dengan expectation tinggi aksi melampaui akal fikiran dan pokok kelapa, filem ini agak menghampakan. Babak Tony Jaa buat aksi fight stail kungfu kaku. Tidak nampak lenggok kungfu pun. Flashback yang agak panjang dan babak si heroin menari gila panjang. Tapi kesian bila si Tony Jaa sibuk menari, raja yang kejam tu tak ambil port pun sebab tengah layan si heroin. Aksi didalam filem terbarunya ini hanya diulang-ulang dari filem-filem terdahulu.

Bagaimanapun, filem ini menyajikan sinematografi, penataan cahaya dan efek yang menarik dari filem-filem yang terdahulu. Two thumbs up untuk babak ibu si hero dipanah. Babak tu teringat sampai sekarang.

Kemungkinan cerita ini ada sambungannya.

Tapi saya kecewa...


*sepatutnya entry ini dipublish pada 2hb Feb aritu, damn bz*