Abang Best

Berhati-berhati kepada jejaka-jejaka kacak diluar sana. Menurut dari sumber yang agak boleh dipercayai, beberapa orang jejaka yang muka chinese look dan hensem tak ingat dilaporkan telah diganggu oleh seorang 'pervert' yang mengelarkan dirinya "Abang Best" ketika bersiar-siar di Putrajaya pada malam minggu yang lepas. Beliau melakukan "Sexual Insulting" yang agak annoying kepada jejaka-jejaka tersebut. Dibawah ini disertakan video yang berjaya dirakam oleh seorang pelancong dari Timur Tengah yang kebetulan lalu ditempat kejadian





gila annoying

refer : disini

10 Minit

Apa sahaja boleh berlaku dalam waktu yang singkat. Dibawah ni aku sertakan sebuah filem pendek terbaik (pandangan aku). Jika ada sakit jantung atau kencing manis, dinasihatkan supaya tidak menonton filem ini



Terpanas

Baru sebentar tadi aku dpt sms dari nombor : +31234567890

Ia tertulis : "Hi!Sy Liza Azhari supermodel dr Indo.Nontonlah video terpanas sy diphone skrg.Pdftrn PERCUMA. Taip msj ON LIZA & htr ke 33998. Ingat!Hanya utk umur 18 keatas shj"

hehehehe.
Aku dah daftar. Anda bila lagi?

Masib blog yang sama!!

merenung kedalam mangkuk jamban

Mak aku bilang "Tak elok keluarkan duit ketika tengah makan, nanti rezeki susah nak masuk".

Jadi, makcik. Janganlah tarik muka ketika aku tak hulurkan duit. Aku sedang sedap menghadap chicken chop yang harganya boleh beli sekotak rokok Dunhill 20. Aku sendiri pun terasa seperti nak menangis bayar chicken chop ni.

Yang pimpin makcik tu sapa? Anak makcik ke? Dressup macam nak ke KLCC. Siap gincu tebal. Terdengar dari jauh, anak makcik bergumam "Harap muka je hensem". Aku bangga sebentar.

Tak lama kemudian, datang pula seorang lelaki. Melayu. Bersongkok. Menghulur sekeping surat. 'Letterhead' dari sebuah madrasah di Kemboja. Aku pandang mukanya. Dia tersenyum. Aku mengeleng. Dia tersenyum. Tapi sedikit kelat.

Dengan pantas aku sudahkan juadah dan pergi dari situ. Oh aku lupa. Kedai Magnum belum tutup. Malam tadi aku mimpi nombor.

James Bond - Tiket Free untuk anda

Hail all.

Dah lama tak update blog. Bertukar tempat kerja dan membuatkan hidup bertukar up side down sedikit.

Baru-baru ni aku dapat tiket free tayangan perdana James Bond - Quantum of Solace.


Review aku :
Kepada hardcore cerita James Bond yang suka pada kereta terbang, telefon guna kasut, jam boleh menembak. Buang impian tersebut kerana tiada langsung gajet-gajet seperti itu. Yang ada hanya panel 'Touch Screen" dan handphone yang super canggih. Itu sahaja.

Kepada mereka yang teruja ingin melihat kesempurnaan dan mulusnya Gadis Bond, pada awal mungkin akan tertanya-tanya
"Apa kejadah kat belakang gadis tu?"..
"Skin Disease ke?".
Seluruh pawagam akan mula berbisik-bisik dan menimbulkan suasana yang kurang senang. Sabar. Tunggu sehingga akhir.

Aksi bermula dari awal cerita. Thumb up aksi gaduh diatas menara loceng dan juga di sebuah motel murah. Bila watak terpelanting atau jatuh, kamera ikut sekali dan akan membuat kita terikut sama.

Opening theme menarik. Masih ada identiti Bond. Tapi, kenapa perlu dipotong? Jahanam


Ok, aku ada 2 tiket screening pass untuk diberi kepada sesiapa. Valid dari 17 Nov. Hanya boleh ditukar dimana-mana pawagam pada hari Isnin - Khamis sahaja.
Syarat untuk memiliki tiket ini mudah sahaja. Kamu-kamu semua hanya perlu memaksa kawan-kawan kamu untuk meninggalkan komen di post ini. Komen tersebut perlu ada link ke blog kamu. Komen yang memaparkan link ke blog kamu terbanyak akan memiliki tiket ini. Hanya seorang pemenang sahaja akan dipilih. Tamat pada 13 Nov 2008.

Bagaimana?


Update :- Peraduan telah tamat. Sekian terima kasih