Sebelum Ogos, aku perlu memiliki basikal LeRun Youthane ni.
Harga, RM 300 ++. Mula belajar mengayuh kembali. Ini kayuh basikal bukan 'kayuh yang itu'.
Bila difikirkan, bagus untuk mengembalikan otot-otot perut aku yang semakin hari semakin mengecilkan dirinya diganti dengan lemak-lemak yang makin maju ke hadapan. Tetapi kajian secara rambang mendapati, wanita metropolitan mini skirt pendek lebih gemar dengan lelaki berperut buncit, tua serta botak tengah. Ah, Abaikan. Bukan keutamaan buat waktu ini.
Fokus..
Aku perlu dapatkan basikal ini. Terima kasih Pak Shahidan. Teringat saranan lama anda.
KANGAR 3 Mac - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menyarankan semua pegawai dan kakitangan kerajaan di negeri ini supaya menggunakan basikal sebagai pengangkutan untuk ke pejabat berikutan kenaikan harga minyak.
3 comments :
June 4, 2008 at 1:52 PM
jangan sampai keluar berita "seorang kakitangan kerajaan mati dilanggar kereta Kancil ketika menunggang basikal ke pejabatnya" sudah.
June 4, 2008 at 3:09 PM
itulah aku
June 11, 2008 at 12:23 PM
eleh, shahidan kesim ade drebar bole lah dia nak ckp besar. suruh dia jadik rakyat biasa yang makan nasik tanak sendirik tengok.
ptuih2.
Post a Comment