Mari main kira -kira

i) Motor bawah 250cc:

Subsidi setahun : RM 150
Subsidi sebulan : RM 150/12= RM 12.5 sebulan
Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter

1 tank penuh petrol (EX5 class) lebih kurang bersamaan 4 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 3 hari (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 20 km).

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*4 liter*20 hari / 3 hari
= RM 72 sebulan tolak RM 12.5 (subsidi)
= RM 59.50

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*4 liter*20 hari / 3 hari
= RM 51.20

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 59.50 - RM 51.20= RM 8.30 sebulan @ 16% sebulan.


ii) Kereta di bawah 2.0 cc

Subsidi setahun : RM 625
Subsidi sebulan : RM 625/12= RM 52.08 sebulan
Harga petrol skrg: RM 2.70 per liter

1 tank penuh petrol (Kancil 660c) lebih kurang bersamaan 30 liter, dan boleh digunakan untuk pergi kerja lebih kurang untuk 5 hari. (jarak rumah ke tempat kerja lebih kurang 15km)

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja selepas harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 2.7*30 liter*20 hari / 5 hari
= RM 324 sebulan tolak RM 52.08 (subsidi)
= RM 271.92

Jumlah wang yang digunakan untuk bayar petrol untuk pergi kerja sebelum harga petrol naik(andaikan 20 hari berkerja) :
= RM 1.92*30 liter*20 hari / 5 hari
= RM 178.32

Kenaikan yang ditanggung sebulan =RM 271.92 - RM 230.4 = RM 41.52 sebulan @ 18% sebulan.

1 comments :

  Rmywvs

June 11, 2008 at 12:21 PM

bagus lu ni bijak matematik. aku suka.

gua arahkan lu pergi bentang kira-kira ni dekat kabinet. supaya diorang bukak mata sikit, tak bukak mata pun bukak dada, minda, buah pikiran ke.



p/s; nak isi minyak rm10 pun dah malu skang! cit