Penguatkuasaan larangan menjual petrol dan diesel kepada kenderaan asing di semua stesen minyak di Johor Bahru dan Kulai ditangguhkan sehingga 9 Jun ini.
Nota : win-win situation.
Apa yang kamu mahukan Jahanam?
Posted by manusia ganjil ikan yu May 30, 2008 at 4:30 PM
Penguatkuasaan larangan menjual petrol dan diesel kepada kenderaan asing di semua stesen minyak di Johor Bahru dan Kulai ditangguhkan sehingga 9 Jun ini.
Posted by manusia ganjil ikan yu at 10:11 AM
Lu orang ni suka bikin kecoh la. Gua ada kereta besar, gua ada banyak wang. Kerja bagus. Tak macam lu orang. Pasal bayar tol pun mau kecoh ke? Gua rilek je. Setakat 90 sen, apalah sangat. Tak luak mana pun. Gaji sebulan gua tak terusik pun.

Posted by manusia ganjil ikan yu May 20, 2008 at 7:56 PM
Mulai dari malam semalam hingga ke hari ini. Abah kelihatan tidak tenang. Termenung. Kadang-kadang duduk bertemankan tong gas di dapur. Ada masanya duduk mengelamun di hadapan peti ais sambil pintunya dibuka luas. Rambut kusut masai. Boxer yang dipakainya pun terbalik. Boboy mula kerisauan.
"Bah..."
"Bah..." sedikit keras.
Abah yang ketika itu sedang duduk mengelamun di bawah pokok mempelam di belakang rumah menoleh. "Burung apa tu nak?"
"Pang!!", satu lempangan kemuka abah dilepaskan.
"Maafkan abah boy", sambil mengusap pipinya.
"Abah, kenapa dengan abah ni? Risau Boboy tengok bah. "
Dengan menarik nafas yang seakan tersekat di kerongkong "Abah didalam keadaan serba salah Boy. Pengasas UMNO Baru telah keluar dari parti yang diasaskannya sendiri."..Abah menangis teresak-esak. Sepanjang hidup Boboy, inilah pertama kalinya Boboy melihat Abah menangis. Sayu hatinya.
"Seorang wira bangsa terpaksa berkorban untuk melihat bangsanya maju. Tetapi cuba Boy bayangkan bagaimana dia ingin menghadapi hari yang akan mendatang jika dia teruskan juga tekadnya? Bagaimana?"..
Keadaan menjadi sunyi seketika.
"Abah," Boboy cuba menenangkan keadaan. "Gaji Penasihat Petronas masih lagi dibayar sebanyak 15 ribu la bah."
"Ye ke?", senyuman mula terukir dibibirnya..