Light is off. Kemari sayang

Bagi ingin merasakan sendiri bagaimana penduduk di KL Lumpur menjayakan aktiviti Earth Hour, aku round KL dari KLCC ke Kelana Jaya dan kemudian patah balik ke Taman Melati Gombak dengan menaiki LRT.

Dari pengamatan aku, bila waktu promosi je gila-gila. Seperti KLCC, KL Sentral dan pasaraya2 yang besar. Tapi bila waktunya tiba, hampeh. Masih terang benderang. KL Sentral terang benderang. Kedai-kedai mamak area CM pun masih terang benderang. Boleh kelihatan lampu disana sini.

Kawasan yang bergelap: Mahkamah kat Dataran Merdeka, rumah-rumah area PJ

Aku tak tau area lain macammana kerana aku hanya mengunakan pengangkutan awam untuk melihat sendiri KL Lumpur yang dikatakan akan "bergelap".

hmm,
adakah semalam bumi sudah pulih?

0 comments :