Apa Khabar?

Apa khabar kawan-kawan. Bagaimana malam tahun baru? Pastinya meriah bukan. Kat sini macam biasa je, dentuman meriam dan letupan sana sini. Terjerit-jerit kitaorang melarikan diri. Sana sini orang menjerit kesakitan.

Keluarga kawan-kawan camne? Sihat-sihat? Ibu saya baru je semalam dibedil dengan mortar. Tak sempat saya nak menatap mukanya buat kali terakhir kerana abang-abang dah bawa saya lari. Hanya raungan kesakitannya yang tergiang-giang di telinga. Sempat juga nampak lambaian perpisahan dari jauh. Terkenang belaian manja ibu.

Tahun ni saya tak bersekolah sebab semua sekolah dah hancur musnah. Guru-guru pun ramai yang dah meninggal dunia. Kawan sekelas saya pun sama, ramai yang dah pergi terlebih dulu dari saya.

Makan saya sekarang pun tak menentu. Kadang-kadang tak makan. Kami lebih memikirkan dimana ingin tinggal dan dimana ingin menyembunyikan diri. Abang kedua saya dari tadi keluar rumah pergi mencari makanan tak balik-balik lagi. Abah kata mungkin dah kena tembak barangkali.

Baiklah kawan-kawan, sampai disini saja. Semoga bertemu kembali. Semoga kawan-kawan disana sihat dan ceria selalu. Doakanlah kami disini.



Yang Benar

Kawanmu di Gaza

1 comments :

  Alke

January 11, 2009 at 2:03 PM

Bro, entry ko nie sedih ler....tersentuh aku. Mari doakan mereka yang terkorban di Gaza. Itu je yang kita mampu buat masa ni....