Malam tahun baru yang baru sahaja berlalu. Karaoke tidak ingat dunia di Sunway. Orang belanja, belasah.
Suasana di Sunway amat meriah. Berlari berkejaran sambil bergurau senda. Bunyi bunga api menandakan masuk tahun baru. Bergegar seketika kawasan Sunway dengan dentuman bunga api.
Aku lantas terfikir, sekiranya bunyi itu merupakan bunyi yang serupa didengari oleh penduduk Gaza diketika ini, dimanakah mereka-mereka ini termasuk aku? Adakah berlari menyelamatkan diri atau berjuang mempertahankan tanahair?
Melihat remaja melayu disebelahku meneguk air cap rimau, terfikir pula aku, cukupkah air minuman untuk mereka-mereka yang ada di Gaza? Aku pasti remaja disebelah aku ni pasti berani mendukung senjata melawan penjajah sebab fakta menyatakan pemabuk semua berani-berani. Cayalah. Malaysia dah ada calon-calon pejuang berani mati. Tak perlu risau.
Terasa seperti ingin membuat sebuah cerpen tapi malas nak menulis.
Gaza, bertahan. Aku tidak mempunyai kuasa mengubah dan membantu kamu, tapi terimalah simpati dan doa dari aku.
Pemimpin arab, teruskan 'mengutuk' seperti biasa, kerana itu termaktub dalam skrip.
Sekian.