RTM secara profesionalnya telah mengharamkan lagu Aku Bukan Musuh. Sebabnya, LIRIK?
Apa yang tak kena dengan lirik tersebut?
Ada yang terasa barangkali..
Apa yang kamu mahukan Jahanam?
Posted by manusia ganjil ikan yu Dec 21, 2008 at 12:35 PM
Posted by manusia ganjil ikan yu Dec 15, 2008 at 7:50 PM
Seperti manusia normal lain, aku pun ada azam beb.
Azam aku pada tahun 2009 ialah untuk menjadi kereta mainan kawalan jauh..uhhh. Sudah lama aku nantikan.
Dulu azam aku nak jadi sluar dalam wanita, tapi aku tukar fikiran sebab memikirkan tak semua menjaga kewangian mereka. Aku risau jatuh ke tangan yang salah. Aku cuma rela jika bertuankan Fasha Sandha. Aku nak tau apa yg menarik sangat kat dia ni. Hmmmm..
Selamat tahun baru.
Posted by manusia ganjil ikan yu Dec 10, 2008 at 10:32 AM
Bila kita terlalu selesa dengan keadaan yang serba mewah. Makanan melimpah ruah sehingga kadang-kadang terbuang. Tidur didalam rumah yang ada air cond sampai 5 biji. Kita jarang untuk beringat mengenai kesusahan. Terlalu leka. Senantiasa merasa kehidupan ini akan berkekalan sampai bila-bila.
Bila datang ujian. Merungut. Memaki. Terpekik terlolong.
Lihat sahaja ujian yang sedang berlaku di Bukit Antarabangsa. Lihat telatah mangsa-mangsa. Didalam dunia ini bukan mereka sahaja yang dilanda ujian seperti itu. Malah dalam Malaysia ini sendiri pun masih ada yang menerima ujian kesusahan sejak dari kecil lagi lagi. Tiada complain.
Tapi mereka-mereka yang jadi mangsa baru-baru ini asyik complain sana sini. Makanan tidak sekata la. Pusat pemindahan tidak selesa la. Nak saman sana sini. Berak terpaksa guna tandas cangkung la.
Saudara-saudara, bersyukurlah. Anda-anda semua masih bernafas lagi.
Posted by manusia ganjil ikan yu at 12:37 AM
*Amaran. Artikel mengandungi spoiler
Perhatian. Amaran tahap merah-merah jambu.
Diingatkan mulai hari ini. Jangan membuang sampah merata-rata. Jangan bunuh sesuka hati. Jangan sesuka main lepas tu anak sepah-sepah buang. Kalau aku jumpa, aku jentik.
Mesti korang tertanya-tanya kenapa aku ingatkan korang semua pasal ni?
Sebabnya ialah, nanti Abang Klaatu marah. Bila dia marah, dia datang bumi naik bola api ( macam Dragon Ball ). Pastu nanti dapat awek comel yang betul-betul buat aku geram. Tapi aku tak boleh buat apa-apa sebab Abang Klaatu hebat. Kemudian dia nak hancurkan penduduk bumi. Ultraman pun tak dapat selamatkan kita lagi. Bukankah ianya perkhabaran yang menakutkan?
Jadi, diperingatkan sekali lagi. Ubah perangai. Aku takut. Ini serius. Bukan main-main.
note: Perasan tak setiap lakonan Keanu Reaves sekarang mesti kena pakai suit?
Posted by manusia ganjil ikan yu Dec 4, 2008 at 7:19 PM
Video ini menunjukkan situasi dimana sekumpulan anak-anak muda yang datang dari golongan berada menghabiskan waktu santai mereka. Membuang masa dan makan-makan serba mewah di sebuah resort sert berbual mengenai aksesori kereta terbaru. Malam pula parti hingga ke pagi bersama wanita-wanita berbuah dada besar dan berambut perang.